Khamis, 21 September 2017

Zainal intai slot ke Piala Malaysia



Isnin, 27 March 2017 | 7:42pm
Oleh Muhammad Suhaib Mohd Shapiee
bhsukan@bh.com.my
Kongsi artikel
 
ZAINAL memberi taklimat ringkas sebelum memulakan sesi latihan hari pertamanya di Padang Penang Sports Club, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan yakin pasukannya masih mampu menempatkan diri ke saingan Piala Malaysia musim ini walaupun mengakui peluangnya agak tipis.

"Dalam masa dua minggu ini saya akan menilai keseluruhan pemain, tidak kira pemain lama atau muka baharu untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama bertemu FELDA United nanti.

"Pemain perlu membuktikan kemampuan semasa latihan untuk terpilih ke dalam kesebelasan utama nanti dan mereka mesti melupakan semua yang terjadi sebelum ini. Kita mesti membina semangat dan karektor baharu," katanya.

Bekas pengendali Selangor ini berkata, beliau akan memberi ruang kepada semua pemain kerana sebelum ini, mungkin ada segelintir daripada mereka tidak berpeluang untuk beraksi atas sebab-sebab tertentu.

Zainal menegaskan, pemainnya perlu mengenepikan terus istilah putus asa jika mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini terutama dalam percubaan merebut 16 slot ke saingan Piala Malaysia.

"Buat masa sekarang tugas utama saya adalah untuk mendapatkan keyakinan pemain semula dan membantu pasukan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Saya juga adalah bekas pemain bola sepak. Jadi, saya akui betapa pentingnya sokongan semua pihak kepada pemain yang beraksi di padang.

"Sebab itulah, kami begitu mengharapkan sorakan serta sokongan padu peminat Harimau Kumbang dalam setiap perlawanan. Faktor ini juga mampu menyuntik semangat pemain," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 27 March 2017 | 7:42pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan