Selasa, 3 Januari 2017 | 7:12pm
Kongsi artikel
BEKAS pengendali Selangor,
Zainal Abidin Hassan. - Foto Hasriyasyah Sabudin
KUALA LUMPUR: Bekas pengendali
Selangor, Zainal Abidin Hassan akan menjelaskan kedudukan sebenarnya dalam
kemelut membabitkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) petang esok.
Legenda bola sepak kebangsaan
itu akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Shah Alam petang esok bagi
menjawab beberapa persoalan yang timbul selepas badan induk bola sepak Selangor
itu memecatnya pada Ogos tahun lalu.
Zainal yang dilantik pada
Disember 2015 bagi menggantikan Mehmet Durakovic, dipecat pada awal Ogos
selepas deretan kekalahan menimpa skuad kendaliannya.
Zainal juga dikatakan berada
dalam situasi sukar bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Durakovic, yang
dipecat selepas melonjakkan Selangor merealisasikan impian Misi 33 yang
terbantut sekian lama.
Bagaimanapun pemecatan
Durakovic dikatakan sudah dirancang lebih awal oleh Presiden FAS, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali kerana ketika itu prestasi Selangor kurang memberangsangkan.
Malah mungkin bagi sesetengah
pihak, ia kelihatan seperti satu tindakan wajar untuk menggantikan Durakovic
dengan Zainal yang tampak lebih cemerlang bersama Pahang.
Namun Selangor yang tidak
diletakkan sebarang harapan untuk menjulang trofi Piala Malaysia dua tahun
lalu, bangkit menewaskan Pahang pada separuh akhir sebelum menjuarai kejohanan
itu buat kali ke-33.
Keputusan Azmin itu dilihat
memakan diri apabila Zainal gagal mengekalkan rentak cemerlang Durakovic dan
akhirnya dipecat sebelum tamat musim.
Walaupun pelbagai spekulasi
dibuat, penjelasan Zainal petang ini mampu memberi gambaran sebenar berkaitan
masalah dihadapinya serta kemelut antara FAS dan Azmin yang berhasrat
meletakkan jawatannya sebagai Presiden organisasi berkenaan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
3 Januari 2017 | 7:12pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan