Ahad, 23 Februari 2020

Merecik 'hawau' jersi Melaka


MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
TIGA warna jersi baharu menjadi pilihan Melaka bagi saingan Liga Malaysia selepas ianya dilancarkan di Bandar Hilir sebentar tadi.

Warna terbabit membabitkan hijau, hitam emas, dan putih merah sebagai warna rasmi bagi saingan musim ini.

Pada majlis pelancaran dan pengenalan pemain disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari itu menyaksikan warna keramat hijau sebagai warna jersi utama diikuti jersi kedua hitam emas dan jersi ketiga, putih merah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, pemilihan warna hijau sebagai jersi tuan rumah bagi saingan kali ini adalah hasil daripada perbincangan dengan penyokong yang mahukan warna itu dikembalikan sebagai warna rasmi dan bukannya putih seperti musim lalu.

“Kami mengambil kira cadangan dan ulasan penyokong, justeru kita kembalikan warna hijau. Anda boleh lihat ada banyak warna hijau berlainan kita gabungkan sekali dalam jersi ‘home’ dan ianya menjadikannya lebih menarik.

”Bagi saya, jersi kali ini adalah yang terbaik dan tercantik di Malaysia dan saya sangat berpuas hati,” katanya di sidang media selepas pelancaran.

Menariknya, majlis perasmian pelancaran pada jam 2.22 petang (22.2.2020) itu dianggap sebagai petanda Melaka menyasarkan tidak kurang daripada nombor dengan nada berseloroh.

”Ia satu sasaran yang realistik sebenarnya. Tapi apa pun, kita berharap paling tidak kita dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya lagi.

Bagi saingan kali ini, MU bakal menggunakan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport yang mana harga jersi berkenaan ialah RM99.00 yang boleh didapati di mana-mana outlet Al-Ikhsan seluruh negara.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:50 PM


Sabtu, 22 Februari 2020

BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN HASSAN SIRI 2



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Zainal mula menyertai pasukan Selangor sebagai pemain tetap pada tahun 1980. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1980 Zainal Abidin masuk sebagai pemain gantian bagi menggantikan Ho Hon Seong. Pada tahun 1981 Zainal sekali lagi beraksi sebagai pemain utama dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Mei 1981 yang menyaksikan Selangor mengalahkan Singapura 4-0. [1]

Pestabola merdeka tahun lalu merupakan satu detik bersejarah kepada Zainal Abidin Hassan setelah dia diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan. Kini peluang Zainal mula tergugat dengan muncul semula Yahya Jusoh, S.Subramaniam dan Jamal Nasir sebagai barisan pertahanan kebangsaan. Ketika perlawanan antara Malaysia dengan Manchester United di Stadium Merdeka baru-baru ini Zainal hanya dijadikan sebagai pemain simpanan oleh jurulatih M. Kuppan. [2]
____________________________________
[1] Badrulhisham Othman, Singapura Malang Hinggalah Ke Akhir, Berita Harian, Selasa 3 November 1992.
[2] Bolasepak, Bil.10 Ogos 1981,47.

Jumaat, 21 Februari 2020

Kelab penyokong yakin prestasi Melaka

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
KELAB penyokong bola sepak Melaka yakin skuad terbabit mampu meraih sekurang -kurangnya satu gelaran kejuaraan musim ini.

Pengerusi kelab penyokong Demi Melaka United (DMU) Mohamad Odiyas Onan berkata, ianya berdasarkan barisan pemain yang disenaraikan kali ini dilaihat antara yang terbaik berbanding musim sebelumnya.

Katanya, daripada senarai penjaga gol, pertahanan tengah dan serangan kesemuanya memiliki barisan berpengalaman dan trek rekod yang positif untuk membantu kejayaan pasukan.

Menurutnya, diatas kertas semuanya dilihat menarik gah dan mantap justeru tiada alasan untuk persembahan kurang menyakinkan.

“Malah aksi mereka sepanjang pramusim juga dilihat amat memberangsangkan termasuk mengatasi Sarawak 4-1 di Kuching.

“Dilengkapi lima import yang memenuhi kuota juga antara persediaan rapi skuad berkenaan yang turut memiliki pemain berpengalaman yang pernah memaju skuad negara termasuk Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat, Razman Roslan dan Norazlan Razali,”katanya.

Sehubungan itu, beliau amat mengharapkan taktikal terbaik akan diterapkan jurulatih Zainal Abdin Hassan bagi memenuhi sasaran terbabit.

Sementara itu, pengerusi Kelab Penyokong Melaka United (KPMU) Mohd Fairuz Mohd Sirat berkata, beliau yakin skuad berkenaan mampu menduduki sekurang-kurangnya tiga tempat teratas liga Super musim ini.

Beliau berkata, perlawanan pertama berdepan UiTM FC di Shah Alam menjadi pengukur kepada keupayaan sebenar skuad berkenaan.

Malah pada dasarnya skuad ini mampu meraih tempat sebagai pasukan elit di Liga Malaysia untuk memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kelihatan begitu gah namun dalam masa Melaka masih mampu mengintai salah satu piala kejuaraan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 7:31 PM

Isnin, 10 Februari 2020

Melaka ikat pemain Thailand


MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my

KEHADIRAN import kelima kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn, 31, dalam skuad Melaka mampu memperkasa skuad itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula tidak lama lagi.

Jurulatih skuad berkenaan, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain terbabit yang turut diuji dalam perlawanan persahabatan berdepan Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat malam tadi menampilkan persembahan membanggakan.

Katanya, walaupun baharu tiga hari menyertai pasukan permainannya dilihat matang dan meyakinkan.

"Kami sedang membentuk persefahaman yang lebih jitu membabitkan pemain itu dengan semua rakan sepasukan.

Malah persembahan permainannya dilihat amat memberangsangkan.

"Apapun beberapa kelemahan yang ada pada aksi terbabit akan terus diperbaiki pada sesi latihan dan dua perlawanan persahabatan selepas ini," katanya.

Sebelum iini, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memaklumkan Narupon Wild Putsorn sah menyertai skuad Hang Tuah sekali gus mengisi import kelima bagi kuota Asean.

Narupon yang mesra dikenali Nazza yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan sebelum ini bermain di Thai League 1.

Nazza memulakan kariernya di Thailand bersama Bangkok United pada 2013 sebelum menyertai beberapa kelab terkemuka negara itu termasuk Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi dan Nakhon Ratchasima.Dia yang juga antara produk pembangunan liga kelab Wales, The New Saints (TNS) pernah membantu TNS menjuarai Welsh Premier League dan FAW Premier Cup pada musim 2006/2007.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 1:42 PM

Sabtu, 1 Februari 2020

Falsafah Zainal Abidin pacu Melaka United


Ahad | 2 Februari 2020
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | | 27 Januari 2020
Zainal Abidin Hassan

Zainal Abidin Hassan. Foto - Musa
TIGA elemen - disiplin, gaya permainan serta percaturan taktikal menjadi falsafah utama pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan musim ini.

Menurut beliau, setiap pemain perlu memahami falsafah pasukan jika mahu melakar kejayaan gemilang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai secara rasmi 28 Februari ini.

“Falsafah ini secara keseluruhannya perlu dihayati dan menjadi teras utama kepada barisan pemain Melaka United. Dengan memahami falsafah ini sahaja yang akan menentukan hala tuju pasukan.

“Pemahaman mengenai falsafah inilah menjadi perkara utama yang mahu kita bentuk dalam kalangan para pemain. Bermula disiplin, cara bermain, taktikal pasukan, semuanya terkandung dalam falsafah berkenaan yang perlu difahami dan dihayati semua pemain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau gembira melihat peningkatan prestasi anak-anak buahnya menjelang sepak mula Liga-M 2020 apabila Melaka United melakar kemenangan 5-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

“Namun, prestasi pasukan masih belum sampai pada tahap yang dikehendaki. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan rentak permainan para pemain.

“Dalam aksi itu, saya tidak menurunkan kesebelasan utama tetapi pemain-pemain yang akan kerap bermain bersama nanti. Pada aksi persahabatan di Indonesia nanti, baru saya tentukan kesebelasan utama,” katanya.[1]


[1] https://www.sinarharian.com.my/article/67556/BERITA/Sukan/Falsafah-Zainal-Abidin-pacu-Melaka-United