Selasa, 26 November 2019

PESTA BOLA MERDEKA 1984 MALAYSIA VS INDONESIA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SUMBER FOTO-TV1
PEMAIN MALAYSIA
21 RASHID HASSAN
03 SOH CHIN AUN-K
04 K.GUNASEGARAN
06 AHMAD YUSOFF
08 LIM TEONG KIM
09 HASSAN SANI
12 AZIZUL ABU HANIFAH
13 ZULKIFLI HAMZAH
16 SALIM MAHMUD
17 ZAINAL ABIDIN HASSAN
18 NASIR YUSUFF
PEMAIN SIMPANAN
01 R.ARUMUGAM
03 SERBEGETH SINGH
05 IBRAHIM SAAD
07 SAIDIN OSMAN

Isnin, 25 November 2019

MALAYSIA 3-0 CZECHOSLOVAKIA


1986- PERLAWANAN AKHIR PESTABOLA MERDEKA
PEMAIN MALAYSIA
01 R.ARUMUGAM
02 P.DHARMALINGHAM
03 SERBEGETH SINGH
05 KAMARULZAMAN YUSOFF
06 MOHD RAZIF ISMAIL
08 AHMAD YUSOFF
09 DOLLAH SALLEH
10 ZAINAL ABIDIN HASSAN
15 WONG HUNG NUNG
16 KHAN HUNG MENG
18 NASIR YUSUFF
PEMAIN SIMPANAN
21 ONG YU TIANG
13 IBRAHIM SAAD
07 SAIDIN OSMAN
14 AZAHAR SHARIF
17 NASIR MOHD NOOR

Ahad, 24 November 2019

PENJARING GOLPAHANG 1993


12      Jose Iriarte                                                                                                                 
6       Dollah Salleh                                                                                                                       
5       Zainal Abidin                                                                                                                       
2       Anas Ismail                                                                                                               
2       Mubin Mokhtar                                                                                                                    
1       Shahdan Zahari                                                                                                                    
1        Osaimi Jalil                                                                                                               
1        Michael Petersen                                                                                                                 
1       Salahuddin C.Rose                                                                                                               
1       Azizul Kamaludin                                                                                                                


ZAINAL ABIDIN 1992


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Zainal menerima Anugerah Ayam Tambatan Bulan Julai 1992 dari Pengurus Besar Gree, Richard Puah.[1]


[1] Ayam Tambatan, Berita Harian, Sabtu 22 Ogos, 1992, hlm.27.

ZAINAL 1989


Pada tahun 1989, Zainal Abidin Hassan yang mewakili Selangor telah menjaringkan 11 gol Liga Divisyen Satu 1989.[1]


[1] Kedudukan Liga Pasukan Setelah Tamat Liga Divisyen Satu 1989, Kick-Off, Pertandingan Akhir Piala Malaysia, hlm.13.

PEMENANG KASUT EMAS 1983

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

ZAINAL 1983

PAHANG JUARA PILA MALAYSIA 1983

ZAINAL ABIDIN 1982


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
        Perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung pada 23 Mei 1982. Dalam perlawanan ini Zainal Abidin Hassan diasak oleh penjaga gol  Terengganu, Zulkifli Ismail, tapi bola terkena kepala Zainal sebelum melantun ke belakang kepada Muin yang tidak membuat kesilapan memastikan perlawanan itu milik mereka. [1] 



[1] Badrulhisham Othman, Gol Minit Terakhir Leburkan Terengganu, Berita Harian Rabu 4 November 1992.

ZAINAL 1980


Zainal 17 tahun telah diberi peluang bermain dalam Pestabola Merdeka ke-24 ketika menentang Korea Selatan setelah pemain bek kebangsaan, Kamaruddin Abdullah tercedera dibuku lali kirinya.Zainal telah menunjukkan permainan yang menyakinkan dengan kemahirannya menggelicik bola dan berjaya menarik perlahan para penonton di Stadium Merdeka.

1981-Zainal menangis sedih kalah 0-1 UAE.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Kalah dengan UAE 0-1 satu pengajaran bagi saya. Dalam saat-saat genting, Zainal cuba melarikan bola itu tetapi telah menukar fikirannya untuk diberikan kepada penjaga gol R. Arumugam, malangnya bola yang ditendangnya tidak sampai ke tangan Arumugam kerana terlekat di dalam padang yang berlumpur disebabkan hujan yang turun lebat ketika itu. Tiba-tiba seorang pemain UAE menerkam dan menjaringkan gol.[i]  


[i]   Kalah Dengan UAE Satu Pengajaran Bagi Saya, Bolasepak, Bil.13, November 1981, hlm.27.

ZAINAL ABIDIN 1981



Pestabola merdeka tahun lalu merupakan satu detik bersejarah kepada Zainal Abidin Hassan setelah dia diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan. Kini peluang Zainal mula tergugat dengan muncul semula Yahya Jusoh, S.Subramaniam dan Jamal Nasir sebagai barisan pertahanan kebangsaan. Ketika perlawanan antara Malaysia dengan Manchester United di Stadium Merdeka baru-baru ini Zainal hanya dijadikan sebagai pemain simpanan oleh jurulatih M. Kuppan.[1]


[1] Bolasepak, Bil.10 Ogos 1981, hlm.47.

Sabtu, 23 November 2019

ZAINAL-SELANGOR 1980


Zainal mula menyertai pasukan Selangor sebagai pemain tetap pada tahun 1980. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1980 Zainal Abidin masuk sebagai pemain gantian bagi menggantikan Ho Hon Seong.[1] Pada tahun 1981 Zainal sekali lagi beraksi sebagai pemain utama dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Mei 1981 yang menyaksikan Selangor mengalahkan Singapura 4-0.[2]


[1] Ahmad Khawari Isa, Jaringan Keramat Fandi Kecewakan Harapan Selangor, Berita Harian, Isnin 2 November 1992.
[2] Badrulhisham Othman, Singapura Malang Hinggalah Ke Akhir, Berita Harian, Selasa 3 November 1992.

Sabtu, 16 November 2019

Lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di Bukit Jalil

Sukan
Jumaat, 31 Oktober 2014 | 6:12pm
 
Lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di Bukit Jalil
KETUA Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Rahim (dua dari kanan) dan ketua pasukan Pahang, Razman Roslan bersama Ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak (kanan) dan ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan (kiri) pada sidang media Piala Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. Perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 anggota polis akan ditempatkan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi memastikan pertembungan final Piala Malaysia membabitkan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjalan lancar.

Jumlah itu jauh lebih besar berbanding 2,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan pada final tahun lalu di Stadium Shah Alam dengan tugas dibahagikan kepada mengawal lalu lintas selain keselamatan di dalam dan di luar stadium.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan untuk menempatkan 2,500 anggota polis namun membuat keputusan untuk menambah jumlah itu hari ini.

"Bagi memastikan keadaan final kali ini berlangsung tanpa gangguan, kita membuat keputusan menambah jumlah anggota yang mengawal keselamatan yang akan mengawal keadaan lalu lintas, keselamatan pemain dan penyokong dalam dan luar stadium, esok.

"Ini juga kerana selain final Piala Malaysia, ada dua majlis besar yang turut berjalan di sini iaitu Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia dan perayaan agama Buddha," kata Pengerusi Jawatan Keselamatan FAM, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim pada sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pengelola Pertandingan Akhir Piala Malaysia, Datuk Afandi Hamzah memohon supaya peminat kedua-dua pasukan mengawal tingkah laku mereka dan datang ke stadium lebih awal untuk mengelak kesesakan.

"Jika boleh, kita mahu lihat final kali ini lancar tanpa sebarang gangguan," katanya.

Pertembungan final Piala Malaysia di antara Pahang dan JDT dijangka hangat dengan 90,000 tiket yang diperuntukkan FAM habis dijual semalam.[1]


[1]https://www.bharian.com.my/node/49790      

Selasa, 12 November 2019

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 1997


SELANGOR 1-0 PULAU PINANG
02 Ogos 1997 (Sabtu)
Selangor
Azman Adnan (8')
Azlisham Ibrahim, Syamsul Amri, Mehmet Durakovic, K. Gunalan, Zainal Abidin Hassan, Assrof Hanafiah, Asmawi Bakri (Shahril Arsat), Ismail Ibrahim, K. Sanbagamaran, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Tony Cottee
Coach: Steve Wicks                   
Pulau Pinang
Zamri Mat Arif, Yong Woon Seang, S. Nantha Kumar (Tan Cheng Hoe), Rahim Hassan, Carlos Rodriguez, Moey Kok Hong (Ghafar Hoosen), Ooi Hoe Guan, Manzoor Azwira Wahid (R. Suresh Kumar), Balla Conde, G. Shanmugam, Abu Kanu
Coach: Moey Yoke Ham   Std Perak, Ipoh.[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/Liga%20Malaysia%201997

Khamis, 7 November 2019

Zainal bebas pilih pemain


MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
JURULATIH Melaka United (MU) Zainal Abidin Hassan diberi kepercayaan memilih barisan pemain skuad terbabit dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Damian Yeo Shen Li berkata, pengendali berkenaan bebas memilih pemain sesuai dengan perancangannya untuk membentuk barisan pasukan terbaik 2020.

Menurutnya, jurulatih itu juga diberi ruang untuk menyenaraikan pemain tempatan dan import berdasarkan bajet yang relevan untuk pasukan musim depan.

"Apa yang kami harapkan dia mampu membentuk pasukan yang positif kali ini untuk tidak menghampakan pasukan terutama penyokong setia. Dalam masa sama kami akan melantik wakil penyokong dalam jawatankuasa persatuan untuk memberi pandangan bernas kepada kemajuan pasukan dan persatuan," katanya.

Dia yang dilantik sebagai presiden baharu yang diumumkan Ketua Menteri, Adly Zahari yang melepaskan jawatannya sebagai presiden persatuan itu berkata, sokongan peminat diyakini memberi kekuatan moral kepada barisan kejurulatihan dan pemain untuk menghasilkan persembahkan membanggakan.

Pelantikan Damian berdasarkan Artikel 40 persatuan yang menyatakan siapa saja dipilih sebagai ketua menteri secara automatik adalah Presiden MUSA dan boleh melantik sesiapa saja dianggap sesuai sebagai presiden.

Damian berkata, MUSA juga merancang mengadakan pertemuan dengan peminat bersama persatuan itu bagi membolehkan idea mereka diberi perhatian sewajarnya dalam melonjak imej pasukan. Malah perjumpaan yang dirancang sebelum ini tidak menjadi kenyataan sehingga musim liga Malaysia berakhir dengan skuad terbabit tersekat di suku akhir kepada Pahang.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 6:46 PM

Zainal Abidin Hassan


Semasa bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Jalan Padang Tembak (1), Kuala Lumpur ibu dan kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan.   “Mungkin saya masih berskolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak degil ketika itu, sedikit pun tidak menghiraukan amaran atau larangan mereka. Saya sanggup curi-curi keluar rumah, semata-mata ingin bermain bolasepak  dengan kawan-kawan di kampung berhampiran, kata Zainal.    
                       
      Semasa berada dalam Darjah 6Zainal terpilih dia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga dan bermain bola sepak. Kkejayaan yang paliing membanngga-kannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor  untuk Kejohanan Majil sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya berjaya mendapat tempat ketiga.[1]


[1] Zzainal Aabdidin Pertahanan Yang Kental, Penyerang Yang Tajam.dalam 20 Tokoh Sukan, Mohd Sofi Munajir,(Bandar Baru Bangi: Medium Publication,2009),134.

Rabu, 6 November 2019

Benda baik saya sokong: Zainal Abidin


MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 6 November 2019
KETUA jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan bersetuju dengan cadangan beberapa pihak untuk menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M).


“Konsepnya mudah, benda yang baik saya sokong,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.


Beliau memberitahu, beberapa negara luar sudah mempraktikkan penggunaan teknologi tersebut bagi menambah baik saingan liga domestik masing-masing biarpun adakalanya ia mencetuskan perdebatan.

“Sekiranya teknologi itu baik, kita harus ikut kerana ia boleh mengelakkan sebarang isu atau kontroversi, namun ia juga berkait dengan soal kemampuan bagi pelaksanaannya.

“Bagaimanapun, untuk kebaikan bola sepak terutamanya dalam liga tempatan (Liga-M), apa salahnya kita juga mengguna pakai teknologi VAR,” katanya kepada Sinar Harian.

Penggunaan teknologi VAR kembali hangat diperkatakan sejurus berakhirnya aksi final Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

Malah, penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal turut mencadangkan penggunaan teknologi itu susulan gol kontroversi penyerang JDT, Safawi Rasid.

Menerusi satu sepakan percuma yang cukup menarik, Safawi meledak gol kedua JDT pada minit ke-35, namun timbul pertikaian apabila bola sepakan Safawi itu dikatakan tidak melepasi garisan gol sepenuhnya.

Begitupun, pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin tetap mengesahkan jaringan tersebut selepas mendapat bantuan daripada penjaga garisan, Zulkarnain Zakaria.

Pertemuan antara Kedah dan Pahang pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan 26 Oktober lalu turut dipalit isu sama.

Jaringan menerusi sepakan percuma oleh Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-85 turut menimbulkan perdebatan apabila bola tersebut turut dikatakan tidak melepasi garisan gol sepenuhnya.


SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55857/BERITA/Sukan/Benda-baik-saya-sokong-Zainal-Abidin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf