Selasa, 22 September 2020

Usah sia-sia peluang di Kuantan

 ROSILAWATI ROSEDI

2 Mac 2015

Usah sia-sia peluang di Kuantan Zainal percaya aksi berdepan JDT satu cabaran sukar bagi kedua-dua pasukan.

PENGENDALI Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan mahu anak-anak buahnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri, sekali gus memastikan kemenangan apabila melayan kunjungan Harimau Selatan aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.

Menurutnya, kemenangan menjadi buruan Tok Gajah untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan pertemuan menentang Johor Darul Ta’aim (JDT) itu pastinya mengundang aksi sengit daripada kedua-dua pasukan.

Aksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin dan walaupun memang kita mengakui ada sedikit kepenatan, namun ia bukan menjadi alasan untuk cepat mengalah.

Malah dengan kejayaan pasukan melakar kemenangan ke atas Yadarnabon FC pada Rabu lalu, memang menyuntik lagi semangat pemain untuk perlawanan esok (hari ini),” katanya mengakui semua pemain tidak sabar untuk berdepan lawan.

Mengakui para pemain sudah sedar dan semakin mendapat rentak, Zainal Abidin turut menggesa pemain supaya menggandakan usaha dan mengekalkan disiplin baik hingga ke wisel penamat.

Ditanya keadaan penyerang kebangsaan, Azamuddin Mohd Akil ataupun mesra dipanggil Alex itu, dia memberitahu, pemain itu masih tidak dapat turun beraksi kerana mahu memberikan peluang buat pemain kelahiran Lipis itu bersedia sepenuhnya selepas mengalami kecederaan lutut kanan sejak penghujung Disember tahun lalu.

Tetapi saya yakin dengan semangat juang, pemain lain akan berusaha sehabis mungkin untuk tidak menghampakan harapan penyokong Pahang yang mahukan kemenangan buat kita malam esok (ini).

Kami mohon doa dan sokongan peminat Pahang untuk kejayaan pasukan kesayangan mereka,” katanya.

Pada musim lalu, Pahang menghampakan skuad kendalian Bojan Hodak itu di pusingan separuh akhir dengan agregat 2-1.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 3.2.2015

Jumaat, 11 September 2020

Melaka waspada ancaman Selangor

 SUKAN

ZAINAL Abidin mengingatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman oleh Selangor pada aksi malam ini.

Melaka waspada ancaman Selangor

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH

10 September 2020, 9:52 pm

JURULATIH Melaka, Zainal Abidin Hassan tidak mahu para pemainnya dibuai kemenangan lepas sebaliknya perlu berwaspada dengan ancaman pasukan Selangor ketika bertandang ke Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam ini.

Melaka United sebelum ini dipotong tiga mata susulan gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual sekali gus terperosok ke tangga ke-11 liga.

Bagaimanapun, skuad Sang Kancil itu mempamerkan prestasi terbaik apabila melakar dua kemenangan berturut-turut ketika menentang Perak dan Terengganu FC sekali gus menduduki tangga kelima keseluruhan.

Kita akui perlawanan sete­rusnya bukannya mudah kerana Selangor merupakan pasukan yang berpengalaman terutama di barisan jentera serangan mereka.

Melaka United sebelum ini pernah mendahului Selangor pada awal perlawanan, namun kita dikejutkan dengan kekalahan pada saa-saat akhir.

Kita sedar akan cabaran yang akan dihadapi itu. Kami telah melakukan persiapan dan perbaiki kelemahan di beberapa sudut. Jadi saya harap, pemain tidak terus berasa terus selesa dengan dua kemenangan sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, pemain te­ngah Melaka, Romel Morales menuntut rakan-rakan sepasukannya menampilkan aksi terbaik ketika menentang skuad Gergasi Merah.

Kami tahu Selangor adalah pasukan yang bagus tetapi kami hanya perlu menumpukan perhatian pada apa yang harus kami lakukan untuk memenangi perlawanan,” ujarnya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Rabu, 9 September 2020

PIALA MALAYSIA Tahun 1986

Mei 03, 1986 (Sabtu) -Akhir

Selangor
Razali Alias (36',), Azhar Shariff (44', 77'), Khan Hung Meng (46'), Zainal Abdin Hassan (57'), Ristomoyo Kassim (74')
R. Arumugam, Wong Hung Nung, Zulkifli Ahmad, P. Dharmalingam, K. Gunasegaran, Ristomoto Kassim, Razali Alias (Mutalib Adam), Khan Hung Meng (A. Jayakanthan), Mpkhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azhar Shariff

6-1

Johor
Dollah Salleh (4')
Salleh Mohamed Nor (Ramli Dol), FFadhli Ahmad, Kamaruddin Ahmad, Ismail Ibrahim, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Nasir Mohamad Nor, Muhidin Husin, Salehan Mohamed Som, Dollah Salleh

Std Merdeka, Kuala L

Ahad, 6 September 2020

Strategi drastik Zainal menjadi

MyMetroArena

Sulaiman Md Ali (Kanan) memberi kata semangat kepada pemain Melaka sebelum berdepan TFC di Stadium Hang Jebat. FOTO FB Musa

Nazri Abu Bakar

sukan@hmetro.com.my

TAKTIKAL drastik menjadi asas kejayaan Melaka meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas Perak dan Terengganu sehingga meletakkan skuad terbabit keluar daripada zon bahaya penyingkiran.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, sebaik aksi liga bersambung berikutan kekangan pandemik Covid-19 dia bersama barisan kejurulatihan merancang strategi drastik yang diakui "menjadi' pada dua perlawanan berkenaan.

Katanya, kebangkitan terbabit amat melegakan selepas di potong tiga mata dengan pasukan berada di tangga ke-11 tekanan amat hebat dirasakan tambahan aksi rehat panjang ketika hanya melihat kedudukan carta yang kurang menyenangkan.

"Kami akui terdapat taktikal drastik yang dirancang, dengan disiplin yang tinggi dan kerja kuat selama dua bulan kami berjaya membentuk acuan yang akhirnya memberi impak terhadap persembahan pasukan.

"Pada awalnya jadual 22 perlawanan masih boleh membuat percubaan pada aksi keempat dan kelima tetapi selepas Covid -19 dengan jadual dipendekkan saya bersama staf kejurulatihan membentuk taktikal drastik terbabit yang biarlah kami rahsiakan," katanya.

Sementara itu, Zainal mengucapkan terima kasih kepada presiden Persatuan Bolasepak Melaka (Musa), Datuk Sulaiman Md Ali yang banyak membantu pasukan dan memberi dorongan serta semangat.

Malah Sulaiman turut memberi sokongan moral kepada pemain di bilik persalinan sebelum aksi pasukan berkenaan berdepan TFC di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu.

Baginya, kesungguhan presiden menjaga pasukan dengan terdapat banyak perubahan dalam pasukan meningkatkan keyakinannya bola sepak Melaka akan terus maju.

Melaka kini berada di tangga kelima liga selepas enam perlawanan dengan mengumpul sembilan mata melompat lima anak tangga dari tangga ke-11 sebelum ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:05 PM