Ahad, 30 April 2017

Zainal setia bersama Pahang

ARKIB : 13/11/2004
JURULATIH Zainal Abidin Hassan bertekad tidak akan meninggalkan Pahang sebaliknya akan terus menggalas cabaran skuad Tok Gajah menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Zainal juga membayangkan tidak akan menerima lamaran daripada mana-mana negeri kerana yakin dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) serta barisan pemain yang ada.
Menurut Zainal, dia cukup berpuas hati mengendalikan Pahang kerana mendapatkan kerjasama yang baik daripada pengurusan pasukan dan para pemain.
``Saya cukup selesa di Pahang kerana pengurusan yang teratur dan profesional selain pemain menerima bimbingan, penerapan dan tunjuk ajar yang saya kendalikan musim ini dalam setiap perlawanan.
``Tidak ada sebab bagi saya untuk beralih angin ke pasukan lain musim depan,'' kata Zainal.
Bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi untuk Pahang dan Selangor sekitar tahun 80an dan 90an dalam kancah liga bola tempatan.
Zainal berkata wang bukan menjadi ukuran tetapi kepuasan baginya ialah apabila pasukannya mencapai kemenangan.
``Lebih manis jika pasukan yang dikendalikan itu menjulang salah satu piala dalam Liga Malaysia,'' katanya.
Sehubungan itu, Zainal menafikan bahawa beliau sebelum ini sanggup meninggalkan Tok Gajah jika menerima tawaran yang menarik daripada pasukan lain.
Menurut Zainal, tidak ada guna mendapat bayaran yang tinggi jika pasukan dibimbing tidak mencapai kejayaan.
``Saya sekarang tidak langsung memikirkan soal pertandingan Liga Malaysia musim 2005 tetapi sebaliknya saya sedang berusaha keras menumpukan pertandingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perlis pada 23 dan 29 November nanti.
``Selagi Piala Malaysia musim ini belum berakhir, tugas saya belum selesai,'' ujar Zainal lagi.
Tambahnya, sebagai jurulatih dia sudah memperoleh satu kepuasan apabila anak-anak buahnya berjaya menjulang Piala Liga yang mula diperkenalkan pada tahun ini.
Berdasarkan latihan semasa yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini, Zainal yakin anak-anak akan berjaya melangkah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan seterusnya menjulang piala tersebut.
Bagi perlawanan separuh akhir nanti, Tok Gajah kehilangan tiga pemain utamanya kerana sedang menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia.
Ketiga-tiga mereka ialah penyerang yang disegani iaitu Indera Putra Mahyudin, Rosdi Talib dan Irwan Fadzli Shaari.
``Jika para pemain berjaya menjulang Piala Malaysia, saya merasa puas dan keyakinan saya dalam bidang kejurulatihan semakin meningkat tetapi yang sepatutnya berbangga ialah pemain-pemain itu sendiri kerana mereka sebenarnya yang berjuang di tengah padang,'' kata Zainal.JURULATIH Zainal Abidin Hassan bertekad tidak akan meninggalkan Pahang sebaliknya akan terus menggalas cabaran skuad Tok Gajah menghadapi saingan Liga Super musim depan.
Zainal juga membayangkan tidak akan menerima lamaran daripada mana-mana negeri kerana yakin dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) serta barisan pemain yang ada.
Menurut Zainal, dia cukup berpuas hati mengendalikan Pahang kerana mendapatkan kerjasama yang baik daripada pengurusan pasukan dan para pemain.
``Saya cukup selesa di Pahang kerana pengurusan yang teratur dan profesional selain pemain menerima bimbingan, penerapan dan tunjuk ajar yang saya kendalikan musim ini dalam setiap perlawanan.
``Tidak ada sebab bagi saya untuk beralih angin ke pasukan lain musim depan,'' kata Zainal.
Bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi untuk Pahang dan Selangor sekitar tahun 80an dan 90an dalam kancah liga bola tempatan.
Zainal berkata wang bukan menjadi ukuran tetapi kepuasan baginya ialah apabila pasukannya mencapai kemenangan.
``Lebih manis jika pasukan yang dikendalikan itu menjulang salah satu piala dalam Liga Malaysia,'' katanya.
Sehubungan itu, Zainal menafikan bahawa beliau sebelum ini sanggup meninggalkan Tok Gajah jika menerima tawaran yang menarik daripada pasukan lain.
Menurut Zainal, tidak ada guna mendapat bayaran yang tinggi jika pasukan dibimbing tidak mencapai kejayaan.
``Saya sekarang tidak langsung memikirkan soal pertandingan Liga Malaysia musim 2005 tetapi sebaliknya saya sedang berusaha keras menumpukan pertandingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perlis pada 23 dan 29 November nanti.
``Selagi Piala Malaysia musim ini belum berakhir, tugas saya belum selesai,'' ujar Zainal lagi.
Tambahnya, sebagai jurulatih dia sudah memperoleh satu kepuasan apabila anak-anak buahnya berjaya menjulang Piala Liga yang mula diperkenalkan pada tahun ini.
Berdasarkan latihan semasa yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini, Zainal yakin anak-anak akan berjaya melangkah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan seterusnya menjulang piala tersebut.
Bagi perlawanan separuh akhir nanti, Tok Gajah kehilangan tiga pemain utamanya kerana sedang menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia.
Ketiga-tiga mereka ialah penyerang yang disegani iaitu Indera Putra Mahyudin, Rosdi Talib dan Irwan Fadzli Shaari.
``Jika para pemain berjaya menjulang Piala Malaysia, saya merasa puas dan keyakinan saya dalam bidang kejurulatihan semakin meningkat tetapi yang sepatutnya berbangga ialah pemain-pemain itu sendiri kerana mereka sebenarnya yang berjuang di tengah padang,'' kata Zainal.

Zainal sedia tinggalkan Pahang

ARKIB : 06/11/2004
JURULATIH Pahang, Zainal Abidin Hassan bersedia menimbang sebarang tawaran jika ada pasukan dari negeri lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi kancah bola sepak Liga Malaysia pada musim depan.
Bagi jurulatih itu, hanya tawaran yang difikirkan menarik dan lumayan barulah beliau akan memutuskan untuk meninggalkan Pahang atau sebaliknya.
``Setakat ini, saya masih belum memikirkan soal tersebut kerana tugas saya bersama Pahang belum selesai.
``Tetapi saya sedia untuk membuat pertimbangan jika ada tawaran yang lebih menarik,'' ujarnya sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemain dan pengurusan pasukan Pahang di Kuantan, semalam.
Menurut Zainal, sehingga kini beliau berpuas hati membimbing skuad Pahang kerana mendapat kerjasama pemimpin pasukan dan pemain-pemain yang bersikap profesional dan mampu menterjemahkan arahan-arahan yang diberikan.
Katanya, soal tawaran itu bukan menjadi keutamaannya sekarang tetapi beliau mahu menumpukan perhatian untuk memastikan Piala Malaysia menjadi milik Pahang.
Dalam pertemuan separuh akhir Piala Malaysia pada 23 dan 27 November ini, skuad Tok Gajah akan berdepan dengan Perlis.
Sementara itu, Zainal menyifatkan Perlis adalah pasukan yang sukar untuk dikalahkan berdasarkan tiga pertemuan sebelum ini mereka seri dua kali dan kalah sekali.
``Saya sudah mengkaji kelebihan dan kelemahan yang ada pada pasukan Perlis dan saya sudah memberikan beberapa ramuan dan arahan untuk mengikat pergerakan lawan.
``Saya yakin dalam pertemuan dengan Perlis nanti pemain Pahang dapat melakukan yang terbaik bagi untuk menang dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia,'' ujar Zainal.
Katanya, beliau telah mengarahkan pemain supaya menguatkan benteng pertahanan bagi memudahkan jentera serangan untuk melakukan tugas mereka melangkah kaki ke perlawanan akhir nanti.
Sementara itu, Pengurus Pahang, Datuk Shahiruddin Moin berkata, kesebelasan pemain Tok Gajah kini sudah bersiap sedia untuk menggempur pemain Singa Utara.
``Mereka ini 100 peratus bersedia dan pengalaman pahit kerana gagal dalam persaingan Piala FA, mereka berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
``Dengan semangat jitu saya yakin Pahang mampu melepasi cabaran separuh akhir.
``Walaupun Tok Gajah sedikit terjejas kerana tiga pemain kita kini bersama pasukan kebangsaan iaitu Indra Putra Mahyudin, Rosdi Talib dan Fadzli Saari beraksi untuk persaingan Piala Dunia tetapi itu tidak menjejaskan kesefahaman dan jentera serangan,'' kata Shahiruddin.

Rabu, 26 April 2017

TERKINI LIGA SUPER 26.4.2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    
Perak  0-0      Kedah
           
T-Team          0- 0     Selangor
           
Sarawak         0-0      Kelantan

Pulau Pinang 1-2  Johor DT
m-39 Rafiuddin    m-7 Gonzalo Cabrera
                             m-25 Azamuddin Akil


Melaka United          0-0      PKNS
           
Pahang           1-1      Felda United

m-19 Matheus Alves m-23 Stuart Wark 

PULAU PINANG 0-2 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pulau Pinang 0-1  Johor DT
                          m-7 Gonzalo Cabrera

                          m-25 Azamuddin Akil

PULAU PINANG 0-1 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pulau Pinang 0-1  Johor DT

                          m-7 Gonzalo Cabrera

Guna kelebihan laman sendiri - Zainal

ISNIN, 24 APRIL 2017 @ 9:22 PM
Oleh Muhammad Suhaib Mohd Shapiee bhsukan@bh.com.my
 
ZAINAL Abidin Hassan. - Foto Mikail Ong GEORGETOWN: Skuad Harimau Kumbang perlu mengambil peluang bermain di halaman sendiri untuk menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT), yang masih menerajui carta Liga Super dalam saingan Liga Super, Rabu ini.

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, berkata beliau akan mengubah taktikal dan corak permainan pasukan berkenaan supaya pemainnya dapat menjaringkan gol.

"Tidak dinafikan semua pemain JDT berada di tahap yang baik kerana baru saja bermain dengan Pahang walaupun tidak layak ke peringkat separuh akhir Piala FA. "Pemain perlu berwaspada dan tidak melakukan kesalahan yang mudah seperti perlawanan sebelum ini dan menutup setiap ruang pemain JDT," katanya.

Zainal tetap optimis untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri walaupun hanya menggunakan seorang pemain import. "Saya terpaksa ketepikan Renaildo Lobo daripada kesebelasan utama dan akan menggantikannya dengan Mafry Balang untuk memantapkan barisan pertahanan.

"Setiap pemain perlu membuat kerja dua kali ganda untuk memastikan mereka dapat menyekat setiap gerakan pemain JDT. "Kemampuan pemain JDT tidak dapat dinafikan tetapi kesebelasan utama kita juga tidak boleh dipertikaikan kerana mereka juga adalah antara yang terbaik," katanya.


SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/275393

Selasa, 25 April 2017

Sejarah tercipta buat Pahang

ARKIB : 09/08/2004

Skuad bola sepak Pahang mencipta sejarah yang tersendiri apabila menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Super yang mula diperkenalkan tahun ini.
Kejayaan itu meletakan Pahang atau lebih dikenali sebagai skuad Tok Gajah satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah digelanggang sendiri dan menjadi pasukan yang cukup dihormati dan dicemburui oleh pasukan lawan.
Namun bagi jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan perjalanan skuad didikannya itu masih jauh, mereka kini sedang bersiap sedia untuk mengharungi kempen Piala Malaysia dan Piala FA.
``Kejayaan ini adalah satu sejarah yang cukup bermakna tetapi saya ingin mengingatkan para pemain supaya mereka melupakan sejarah kejayaan menjuarai Liga Super.
Saya berharap mereka tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan tersebut kerana perjalanan untuk meletakkan Pahang sebagai skuad elit masih jauh dan mereka boleh dikategorikan benar-benar pemain elit dan berada dalam kelas tersendiri jika mereka mampu menjulang Piala Malaysia dan FA,'' ujar Zainal kepada pemberita mengulas kejayaan kesebelasan pemain Pahang menjuarai carta Liga Super.
Daripada 21 perlawanan Tok Gajah hanya tewas dua kali sahaja di gelanggang lawan iaitu tewas pasukan Perak dan Perlis.
Bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan berkualiti Zainal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan sentiasa menanamkan sikap tidak muda berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh anak buahnya.
Sebab itu pemain import Pahang sentiasa bersilih ganti kerana beliau tidak mudah berpuas hati dan sentiasa ingin mencuba dalam usaha untuk mencari pemain import yang terbaik.
Hampir 10 pemain import yang menawar diri untuk menganggotai kesebelasan skuad Tok Gajah bermula dengan dua pemain Argentina iaitu Huracio Hernando dan Lucas Ariel Commennelli dan selepas itu muncul pelbagai nama lagi antaranya ialah Mamado Dialo (Nigeria), Jonathan Bass (England), tiga pemain dari Australia Anthony Milicic, James Methew Bingley dan Simon Collosimo.
Namun sehingga berakhirnya kempen Liga Super hanya Jonathan Bass dan Anthony Milicic sahaja yang terus kekal mendapat kepercayaan Zainal.
Sementara itu Mamado Dialo, pemain yang pernah beraksi dalam liga Eropah dan Amerika Syarikat pernah ditolak Zainal semasa pemain itu menawarkan diri sebelum bermulanya Liga Super kerana tidak berpuas hati dengan prestasi pemain dari Nigeria itu.
Namun kecederaan teruk yang menimpa ayam tambatan Pahang, Fernando Huracio memaksa Zainal memanggil semula Mamado apabila khidmat Huracio ditamatkan.
Selepas itu seorang lagi pemain Argentina, Lucas Ariel Commennelli di singkirkan kerana prestasinya yang semakin menurun.
Manakala pemain dari Australia, James Methew Bingley hanya sempat bermain dua perlawanan sahaja sebelum digantikan oleh Simon Collosimo dan khabar terbaru Zainal ingin mencuba seorang lagi pemain import dari Brazil dan jika berpuas hati dengan prestasinya kemungkinan Jonathan Bass ataupun Simon Collosimo akan tersingkir.
``Saya ingin mengingatkan kesebelasan pemain Pahang supaya bersedia untuk mengharungi Piala Malaysia dan mereka perlu ingat setiap pasukan yang bercita-cita tinggi untuk menewaskan kami.
``Sebab itu saya berharap mereka (pemain) tidak perlu memikirkan soal ganjaran selepas menjadi juara tetapi perlu ingat pertarungan dalam Piala Malaysia lebih getir dan mencabar,'' ujar Zainal.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4fFhTuBPg
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 12 April 2017

Kemenangan bantu Pulau Pinang baiki kedudukan liga



10 April 2017
        Zainal Abidin Hassan (new)
Zainal Abidin Hassan

KEMENANGAN 1-0 yang dicatat oleh skuad Pulau Pinang ke atas Felda United amat diperlukan skuad itu bagi memperbaiki kedudukan pasukan itu pada saingan Liga Super musim ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata beliau berpuas hati kerana kesebelasan utamanya telah mempamerkan kesungguhan sepanjang 90 minit perlawanan untuk mencapai matlamat itu.

"Para pemain telah menunjukkan satu permainan yang baik apabila mereka berusaha bersungguh-sungguh seawal babak permainan hingga akhir.

"Hasilnya seperti yang kita dapat lihat, mereka akhirnya berjaya menjaringkan satu gol sekali gus meraih kemenangan bagi mengutip tiga mata.

"Kami sememangnya amat memerlukan mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super dan kejayaan ini begitu melegakan kami," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Pulau Pinang yang telah mengharungi sembilan perlawanan kini masih menghuni tangga tercorot liga dengan mengutip lima mata.

Zainal Abidin berkata faktor sokongan penyokong juga memainkan peranan dalam menyuntik semangat kepada anak buahnya untuk beraksi tanpa mengenal erti mengalah.

"Mereka datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan dan saya amat berterima kasih kerana ia banyak meningkatkan moral pemain ketika bermain di gelanggang lawan," katanya.

Ketua jurulatih Felda United, B. Satianathan pula berkata beliau akur apabila skuad kendaliannya dihukum dengan kekalahan tersebut.

"Peluang yang diperolehi oleh Felda United untuk mencipta gol tidak digunakan sebaik-baiknya terutama pada awal minit permainan.

"Apa saya perhatikan kelemahan dari aspek mental pemain, teragak-agak atau 50-50 dalam perebutan bola selain keazaman Pulau Pinang lebih tinggi untuk mendapat kemenangan," katanya.

Beliau berkata beberapa kelemahan itu perlu segera diatasi menjelang aksi menentang pasukan Tampines Rovers pada saingan Piala Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) 19 April ini di halaman sendiri. – Bernamasumber-SINAR HARIAN ONLNE 10.4.2017

Isnin, 10 April 2017

Zainal lega Harimau Kumbang 'menggigit


BERNAMA
 
Maran: Kemenangan 1-0 diraih skuad Pulau Pinang ke atas Felda United begitu berharga untuk memperbaiki kedudukan pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata beliau berpuas hati kerana kesebelasan utama mempamer kesungguhan sepanjang 90 minit perlawanan untuk mencapai matlamat itu.

"Pemain menunjukkan permainan baik apabila mereka berusaha bersungguh-sungguh seawal babak permainan hingga akhir.

"Hasilnya seperti kita dapat lihat, mereka berjaya menjaringkan satu gol sekali gus meraih kemenangan bagi mengutip tiga mata.

"Kami sememangnya memerlukan mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super dan kejayaan ini melegakan kami," katanya selepas perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Pulau Pinang mengharungi sembilan perlawanan kini masih menghuni tangga tercorot liga dengan mengutip lima mata.

Zainal Abidin berkata faktor sokongan penyokong turut memainkan peranan dalam menyuntik semangat kepada anak buahnya untuk beraksi tanpa mengenal erti mengalah.

"Mereka datang dari jauh semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan dan saya amat berterima kasih kerana ia banyak meningkatkan moral pemain ketika bermain di gelanggang lawan," katanya.

Ketua jurulatih Felda United, B Sathianathan pula berkata beliau akur apabila skuad kendaliannya dihukum dengan kekalahan itu.

"Peluang yang diperolehi oleh Felda United untuk mencipta gol tidak digunakan sebaik-baiknya terutama pada awal minit permainan.

"Apa saya perhatikan kelemahan dari aspek mental pemain, teragak-agak atau 50-50 dalam perebutan bola selain keazaman Pulau Pinang lebih tinggi untuk mendapat kemenangan," katanya.

Beliau berkata beberapa kelemahan itu perlu segera diatasi menjelang aksi menentang pasukan Tampines Rovers pada saingan Piala Konfedarasi Bolasepak Asia (AFC) 19 April ini di halaman sendiri.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 1:51 PMs