Oleh Muhammad Suhaib Mohd
Shapiee
bhsukan@bh.com.my
Kongsi artikel
GEORGETOWN: Bekas jurulatih
Selangor, Zainal Abidin Hassan, sah menjadi ketua jurulatih baharu skuad
Harimau Kumbang.
Zainal dilantik secara rasmi
bagi menggantikan Ashley Westwood, yang gagal membimbing pasukan sejak awal
kempen Liga Super musim ini.
Zainal Abidin berkata, beliau
akan menggalas tanggungjawab itu dengan sepenuh hati untuk membimbing pasukan
sehingga berjaya.
"Saya berjanji akan
memberikan terbaik untuk pasukan dan peminat, untuk mengembalikan kembali
kedudukan.
"Tugasan ini adalah berat
untuk saya tetapi saya yakin dengan tahap pemain Harimau Kumbang.
"Saya tidak mempunyai
'magic' tetapi kebolehan untuk membimbing pasukan dan memerlukan sedikit
masa," katanya pada sidang media, sebentar tadi.
Presiden FAP, Zairil Khir
Johari, berkata pihaknya amat gembira dengan kehadiran Zainal Abidin, yang
berpengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia.
"Saya yakin pemain Harimau
Kumbang memang mempunyai kemahiran dan kebolehan tetapi memerlukan sedikit
motivasi dan inspirasi untuk menentukan hala tuju.
"Dengan kehadiran Zainal
Abidin, saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih yang
berpengalaman dan mampu memulihkan semangat pemain seterusnya kekal dalam Liga
Super untuk musim hadapan," katanya.
Zainal Abidin Hassan berada di
United Kingdom selama tiga bulan untuk menimba pengalaman bersama Cardiff City.
Kerajaan negeri turut
mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP untuk menyuntik semangat
baharu.
SUMBER-BERITA HARIAN OLINE Selasa,
11 Julai 2017 | 1:24am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan