Muzaffar
Musa
Mei
19, 2021 20:32 MYT
Zainal
Abidin lega masih diterima di Melaka United
Ketua
jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, lega apabila laporan
keseluruhan pasukannya sepanjang 13 perlawanan pertama musim in
diterima pihak pengurusan.
Keadaan
itu turut memberikan pengesahan bahawa pengendali berkenaan akan
kekal mengemudi pasukan itu sehingga penghujung musim ini.
Zainal
Abidin kini boleh menghela nafas lega selepas segala kontroversi dan
desas-desus mengenai pemecatannya sudah menemui penghujung.
Bagi
bekas pemain kebangsaan itu, ia merupakan satu keputusan yang adil
buat dirinya dengan pihak pengurusan kini sudah bersetuju dengan
hasratnya untuk mendapatkan dua pemain import baru dari Brazil.
"Berikutan
kegagalan pasukan Melaka, saya diminta untuk menyediakan laporan
secara terperinci daripada setiap sudut dan Alhamdulillah, selepas
mereka (pihak pengurusan) meneliti setiap laporan itu, saya perlu
mengucapkan terima kasih kerana mereka masih memberikan kepercayaan
kepada saya dengan syarat, banyak yang perlu diperbaiki,"
katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Narom.
Jurulatih
yang mesra disapa Chip itu juga mengakui tekanan yang dihadapinya
masih belum berakhir memandangkan Melaka United mengharapkannya mampu
memacu pasukan itu keluar daripada zon penyingkiran.
Bagaimanapun,
tekanan itu perlu dipandang daripada sudut positif memandangkan dia
kini mempunyai lebih masa bagi membuktikan keupayaannya.
"Saya
tidak menafikan bahawa tekanan sebelum ini teramat tinggi selepas
satu-satu perlawanan.
"Di
sinilah saya amat berbangga dengan pihak pengurusan yang memahami
keadaan saya.
"Bukan
sahaja memberikan saya tekanan tetapi dengan laporan mengenai masalah
dalaman yang dihadapi pasukan ini, mereka memberi kepercayaan kepada
saya dan memahami masalah saya," tambahnya.#Liga Super
Malaysia#Zainal Abidin Hassan#Melaka United FC.
__________________________________________________