ZAINAL ABIDIN HASSAN 1996
SUMBER-ARKIB NST
Label
- JURULATIH SELANGOR2016
- KASUT EMAS
- ZAINAL 1974
- ZAINAL 1980
- ZAINAL 1981
- ZAINAL 1982
- ZAINAL 1983
- ZAINAL 1984
- ZAINAL 1985
- ZAINAL 1986
- ZAINAL 1987
- ZAINAL 1988
- ZAINAL 1989
- ZAINAL 1990
- ZAINAL 1991
- ZAINAL 1992
- ZAINAL 1993
- ZAINAL 1994
- ZAINAL 1995
- ZAINAL 1996
- ZAINAL 1997
- ZAINAL 1998
- ZAINAL 1999
- ZAINAL 2000
- ZAINAL 2002
- ZAINAL 2003
- ZAINAL 2004
- ZAINAL 2005
- ZAINAL 2006
- ZAINAL 2007
- ZAINAL 2008
- ZAINAL 2012
- ZAINAL 2014
- ZAINAL 2015
- ZAINAL 2016
- ZAINAL 2017
- ZAINAL 2018
- ZAINAL 2019
- ZAINAL 2020
Ahad, 31 Mac 2019
Sabtu, 30 Mac 2019
ZAINAL ABIDIN HASSAN-1998
Zainal Abidin Hassan mengetuai skuad Selangor pada tahun 1998
Kejuaraan Kelab
Asia 1998-1999
Selangor menggantikan
Pulau Pinang sebagai wakil Malaysia disebabkan masalah kewangan di Malaysia.
Selangor melepasi pusingan pertama kelayakan Asia Timur setelah menewaskan
Singapore Armed Forces (Singapura) dengan agregat 4-2Namun, Selangor
terkandas di pusingan kedua Asia Timur setelah tewas kepada Pohang Steelers
(Korea Selatan) dengan agregat 1-10[1]
MENDIRIKAN RUMAH TANGGA 1985
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menyifatkan baginda sebagai
Sultan yang amat dekat dengan rakyat, Zainal cukup terharu apabila baginda sudi
mencemar duli hadir pada majlis perkahwinan beliau pada tahun 1985.
“Alhamdulillah, saya amat
terkejut sekali keberangkatan Tuanku, sewaktu itu saya beraksi untuk Pahang,
Tuanku berangkat datang untuk meraikan perkahwinan saya di Kampung Baru,”
jelasnya.[1]
[1] https://e-usahawan.com/topic/4513-zainal-abidin-terharu-imbas-kenangan-bersama-al-sultan-abdullah/
ZAINAL ABIDIN HASSAN-PINGAT EMAS SUKAN SEA 1989
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1. Stadium Merdeka
2. Stadium Bolasepak KL
Coach: Trevor Hartley
Skuad Latihan Pusat (22)
Penjaga Gol: Azmi Mahmud, Yap Kam Choon, Rashid Hassan (Kuala Lumpur)
Pertahanan: Serbegeth Singh, K. Ravinchadaran, Razip Ismail, Chow Siew Yai, See Kim Seng, Lee Kin Hong, Salim Mahmud, M. Ravindran (Pahang), Naina Mohamed Ismail
Tengah: Radhi Mat Din, Ahmad Yusof (Pahang), Azizol Abu Haniffa, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim (Kuala Lumpur), Mubin Mokhtar,
Penyerang: Zainal Abidin Hassan (Selangor), Dollah Salleh, Subadron Aziz (Kuala Lumpur), A. Anbalagan (Pahang), P. Ravindran (Perak), Aziz Azizan (Pulau Pinang)
SUMBER-https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/bolasepak-sukan-seaseap.html
Sea Games 1989 KUALA LUMPUR
Venue:1. Stadium Merdeka
2. Stadium Bolasepak KL
Coach: Trevor Hartley
Skuad Latihan Pusat (22)
Penjaga Gol: Azmi Mahmud, Yap Kam Choon, Rashid Hassan (Kuala Lumpur)
Pertahanan: Serbegeth Singh, K. Ravinchadaran, Razip Ismail, Chow Siew Yai, See Kim Seng, Lee Kin Hong, Salim Mahmud, M. Ravindran (Pahang), Naina Mohamed Ismail
Tengah: Radhi Mat Din, Ahmad Yusof (Pahang), Azizol Abu Haniffa, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim (Kuala Lumpur), Mubin Mokhtar,
Penyerang: Zainal Abidin Hassan (Selangor), Dollah Salleh, Subadron Aziz (Kuala Lumpur), A. Anbalagan (Pahang), P. Ravindran (Perak), Aziz Azizan (Pulau Pinang)
SUMBER-https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/bolasepak-sukan-seaseap.html
‘Kami gagal guna peluang’
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
1.3.2008
FABIO FLOR (kanan) memainkan peranan penting dalam membantu Terengganu
menewaskan Pahang kelmarin.
“KAMI gagal manfaatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol”.
Demikian komen jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai merujuk
kepada kekalahan skuad Tok Gajah 1-2 kepada Terengganu pada aksi Liga Super di
Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Menurut Zainal, perlawanan semalam (kelmarin) memperlihatkan banyak
kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemainnya walaupun memperoleh banyak
peluang.
“Kita akui, pemain kita kurang menyerlah pada perlawanan malam ini
(kelmarin), disebabkan beberapa kesilapan mudah,” jelasnya.
“Namun ia tidak akan mematahkan semangat pasukan ini terus mempamerkan aksi
yang lebih hebat pada perlawa- nan akan datang.”
Bagi Zainal lagi, kegagalan jentera pertahanannya menyerap tekanan daripada
pasukan lawan telah mencetuskan keadaan kelam-kabut di kawasan kotak penalti
pasukannya.
“Keadaan ini sering kali berlaku dan pemain Tereng- ganu bijak menggunakan
peluang itu untuk menjaringkan gol,” jelasnya.
“Sebagai strategi baru untuk memantapkan lagi pasu- kan Pahang, dua pemain
import kita iaitu Tarik El Janaby dan Reduane Barkaoui akan diturunkan pada
perlawanan menentang Selangor, Sabtu ini,” ujarnya.
Zairo Anuar Zalani muncul wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol pada
aksi kelmarin, sambil Pahang sekadar memperoleh gol saguhati menerusi V.
Saravanan.
Sebelum itu, peluang terbaik Pahang untuk menjaring- kan gol hadir pada
minit ke-31, tetapi tandukan Hairuddin Omar sedikit tersasar melepasi pintu gol
lawan.
Jumaat, 29 Mac 2019
LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN HASSAN
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Zainal Abidin Hassan dilahirkan
pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan
adik-beradik Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif
sama ada untuk pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati
sukan sejak kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan
lumba lari, sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah
sepenuhnya terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan
sukan. Ia menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola.
Pembabitan awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain
lain kini. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama
daripada ibu dan kakak-kakaknya.[1]
Pada masa itu ibunya melihat dunia bola
sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu
bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak
terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas
adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan
akademiknya.
Semasa bersekolah di Sekolah Rendah
Janis Kebangsaan Inggeris Jalan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan
kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih
bersekolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak
degil ketika itu, sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka.
“Saya sanggup curi-curi keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak
dengan kawan-kawan di kampung berhampiran," kata Zainal.
Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi
pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili
pasukan kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka
tidaklah segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat
terbaik negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Semasa berada dalam darjah enam ia
terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter)
dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila
terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya
mendapat
tempat ketiga. Semasa belajar di
Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk
acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. Malah
______________________________
[1] Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang
Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009,
hlm.131.
Melaka bakal turun bertemu Perak tanpa Liridon
PENGENDALI
MELAKA UNITED, ZAINAL ABIDIN HASSAN
28 Mac 2019
7:17 PM
MELAKA 28 Mac-
Jentera tengah Melaka United (MU), mungkin sedikit goyah menjelang aksi bertemu
Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam esok, ekoran
ketiadaan Liridon Krasniqi yang masih dibelenggui kecederaan.
Bagaimanapun,
ketiadaan Liridon tidak memberi kerisauan kepada pengendalinya, Zainal Abidin
Hassan yang menaruh kepercayaan kepada Safiq Rahim, bahawa pemain itu mampu
memimpin bahagian tengah skuad Sang Kancil.
“Pastinya kami
tidak mahu kehilangan mata dan mahu terus aksi konsisten dalam masa sama sedar
pasukan lawan merupakan lawan yang sukar.
“Saya harap
pemain dapat memberi fokus sepenuhnya dalam tempoh 90 minit dan menunjukkan
disiplin yang tinggi,” katanya.
Liridon yang
lebih dikenali sebagai Mat Don kini sedang giat mengikuti program pemulihan.
Melaka kini
menduduki tangga kelima dengan mengutip 10 mata, sementara Perak di kedudukan
ketujuh liga dengan enam mata tetapi skuad kendalian Mehmet Durakovic memiliki
kelebihan satu perlawanan. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-bakal-turun-bertemu-perak-tanpa-liridon-1.871673#ixzz5jXtcNaw4
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Khamis, 28 Mac 2019
BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN HASSAN
Adat bola sepak, pasti ada yang
berhijrah ke pasukan baru. Beliau menerima tawaran yang lumayan pada 1983 dan
menyertai Pahang FA pada tahun tersebut. Beliau turut ditemani oleh pemain
import dari Singapura seperti T. Pathmanathan dan R. Suriamorthy dalam pasukan.
Hasilnya, Pahang berjaya merampas Piala Malaysia pada 1983. Status beliau
sebagai pemain bervariasi terserlah apabila beliau diletakan sebagai penyerang
dan berjaya menjadi penyerang yang paling digeruni di dalam kancah Liga
Malaysia dan antarabangsa.[1]
Rabu, 27 Mac 2019
ZAINAL ABIDIN HASSAN 1974
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Semasa berada dalam darjah enam
ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter)
dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila
terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya berjaya
mendapattempat ketiga. Semasa belajar di
Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk
acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. [1]
-----------------------------------------
[1]Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan,
Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium
Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.
ZAINAL ABIDIN HASSAN
Jaringan hatrrick Zainal Abidin
Hassan di malam pertemuan Malaysia-Nepal untuk skuad kelayakan Pra Piala Dunia
kebangsaan memberi kedudukan 5-0 menyakinkan negara dapat menumpaskan Korea
Selatan pada pertemuan 19 Mei ini. Nyata sekarang skuad negara telah mempunyai
barisan hadapan yang mungkin boleh mengentarkan Kkora Selatan.[1]
Selasa, 26 Mac 2019
Langgan:
Catatan (Atom)