Isnin, 27 March 2017 | 7:42pm
Oleh Muhammad Suhaib Mohd
Shapiee
bhsukan@bh.com.my
Kongsi artikel
ZAINAL memberi taklimat ringkas
sebelum memulakan sesi latihan hari pertamanya di Padang Penang Sports Club,
Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
GEORGETOWN: Ketua jurulatih
baharu skuad Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan yakin pasukannya masih mampu
menempatkan diri ke saingan Piala Malaysia musim ini walaupun mengakui
peluangnya agak tipis.
"Dalam masa dua minggu ini
saya akan menilai keseluruhan pemain, tidak kira pemain lama atau muka baharu
untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama bertemu FELDA United nanti.
"Pemain perlu membuktikan
kemampuan semasa latihan untuk terpilih ke dalam kesebelasan utama nanti dan
mereka mesti melupakan semua yang terjadi sebelum ini. Kita mesti membina
semangat dan karektor baharu," katanya.
Bekas pengendali Selangor ini
berkata, beliau akan memberi ruang kepada semua pemain kerana sebelum ini,
mungkin ada segelintir daripada mereka tidak berpeluang untuk beraksi atas
sebab-sebab tertentu.
Zainal menegaskan, pemainnya
perlu mengenepikan terus istilah putus asa jika mahu melangkah lebih jauh dalam
saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini terutama dalam percubaan merebut 16
slot ke saingan Piala Malaysia.
"Buat masa sekarang tugas
utama saya adalah untuk mendapatkan keyakinan pemain semula dan membantu
pasukan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.
"Saya juga adalah bekas
pemain bola sepak. Jadi, saya akui betapa pentingnya sokongan semua pihak
kepada pemain yang beraksi di padang.
"Sebab itulah, kami begitu
mengharapkan sorakan serta sokongan padu peminat Harimau Kumbang dalam setiap
perlawanan. Faktor ini juga mampu menyuntik semangat pemain," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin,
27 March 2017 | 7:42pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan