Khamis, 21 September 2017

Zainal bakal perjelas punca dia dipecat



Selasa, 3 Januari 2017 | 7:12pm
Kongsi artikel
 
BEKAS pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan akan menjelaskan kedudukan sebenarnya dalam kemelut membabitkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) petang esok.

Legenda bola sepak kebangsaan itu akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Shah Alam petang esok bagi menjawab beberapa persoalan yang timbul selepas badan induk bola sepak Selangor itu memecatnya pada Ogos tahun lalu.

Zainal yang dilantik pada Disember 2015 bagi menggantikan Mehmet Durakovic, dipecat pada awal Ogos selepas deretan kekalahan menimpa skuad kendaliannya.

Zainal juga dikatakan berada dalam situasi sukar bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Durakovic, yang dipecat selepas melonjakkan Selangor merealisasikan impian Misi 33 yang terbantut sekian lama.

Bagaimanapun pemecatan Durakovic dikatakan sudah dirancang lebih awal oleh Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana ketika itu prestasi Selangor kurang memberangsangkan.

Malah mungkin bagi sesetengah pihak, ia kelihatan seperti satu tindakan wajar untuk menggantikan Durakovic dengan Zainal yang tampak lebih cemerlang bersama Pahang.

Namun Selangor yang tidak diletakkan sebarang harapan untuk menjulang trofi Piala Malaysia dua tahun lalu, bangkit menewaskan Pahang pada separuh akhir sebelum menjuarai kejohanan itu buat kali ke-33.

Keputusan Azmin itu dilihat memakan diri apabila Zainal gagal mengekalkan rentak cemerlang Durakovic dan akhirnya dipecat sebelum tamat musim.

Walaupun pelbagai spekulasi dibuat, penjelasan Zainal petang ini mampu memberi gambaran sebenar berkaitan masalah dihadapinya serta kemelut antara FAS dan Azmin yang berhasrat meletakkan jawatannya sebagai Presiden organisasi berkenaan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 3 Januari 2017 | 7:12pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan