Khamis, 5 Januari 2017 | 9:13pm
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
Kongsi artikel
ZAINAL Abidin Hassan. - Foto
Shiraz Ali
KUALA LUMPUR: Persatuan
Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) kecewa dengan kemelut antara Zainal
Abidin Hassan dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Setiausaha Kehormat PJBSM,
Superintendan Mohd Dali Wahid menjelaskan pihaknya sedia membantu Zainal
sekiranya kemelut itu gagal diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.
Mohd Dali berkata, sepatutnya
perkara itu boleh diselesaikan dengan profesional sekiranya ia dilakukan
mengikut prosedur yang betul berdasarkan apa yang terkandung dalam kontrak.
"Bagi pihak persatuan
(PJBSM), kami rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Sepatutnya benda itu kena
diselesaikan mengikut kontrak yang sudah ditetapkan.
"Daripada segi bantuan,
kami boleh bawa perkara ini kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Kami
sedia memanjangkan surat berkaitan masalah itu dan FAM yang akan ambil
tindakan.
"Buat masa sekarang, kita
tunggu dulu keputusan daripada Zainal dan FAS. Kita juga tunggu surat Zainal
dan bagi saya, dia sebagai Timbalan Presiden PJBSM pun faham apa yang perlu
dilakukan," katanya kepada BH Sukan, hari ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
5 Januari 2017 | 9:13pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan