Sabtu, 13 Mac 2021

Melaka United tak rela hilang mata

| | 13 Mac 2021




Kesebelasan Melaka diharapkan kembali menemui rentak kemenangan malam ini.
MELAKA United akan turun dengan semangat juang tinggi dalam misi meraih mata penuh ketika melayan kunjungan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.
Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata, pasukannya tidak boleh lagi keciciran mata selepas hanya meraih keputusan seri dalam dua perlawanan ketika menentang Sabah dan PJ City FC.
"Bagi saya peluang bermain di tempat sendiri menentang Pahang amatlah penting kerana kita kehilangan mata ketika menentang Sabah di tempat sendiri dan ketika menentang PJ City FC.
"Sekarang, kita kena mencari mata penuh untuk dapatkan semula tahap keyakinan pemain. Peluang bermain di tempat sendiri menentang Pahang harus digunakan sepenuhnya oleh pemain untuk mendapatkan tiga mata," katanya.
Dalam pada itu, Zainal turut menafikan jentera tengah pasukannya tidak berfungsi dengan baik sehingga memaksa pemain penyerang seperti Alex Goncalves dan Sony Norde turun kebawah untuk mendapatkan bola.
"Bagi saya bukan kurang berfungsi. Kita telah bermain dengan pasukan Sabah dan PJ City FC yang mana mereka mempunyai sistem yang sama iaitu bertahan dengan ramai pemain. Jadi untuk Alex atau Sony saya memang arahkan mereka turun untuk mencari bola dan mengucar-kacirkan pertahanan lawan.
"Saya melihat ada peningkatan prestasi yang dipamerkan kedua-dua pemain itu dalam perlawanan menentang PJ City berbanding perlawanan pertama menentang Sabah minggu lalu. sebab itu kita dapat banyak peluang menyerang dalam kawasan lawan.
"Namun, sudah tentu saya mengharapkan peranan lebih besar boleh diberikan oleh Alex dan Sony. Mungkin masih terlalu awal untuk menilai tahap kemampuan gandingan kedua dua mereka di atas padang.
"Saya percaya sedikit demi sedikit kedua-dua mereka akan menemui rentak dan keserasian untuk membawa Melaka United meraih kemenangan demi kemenangan selepas ini," katanya.SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128218/BERITA/Sukan/Melaka-United-tak-rela-hilang-mata© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Selasa, 2 Mac 2021

ZAINAL ABDIN HASSAN

(BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN HASSAN SIRI 1)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Zainal Abidin Hassan merupakan salah seorang pemain bola sepakMalaysia yang terbilang, yang dikenali ramai di rantau ini. Bermula sebagai pemain pertahanan yang kental mengekang serangan pasukan lawan, Zainal beralih angin kepada pemain penyerang sewaktu mewakili pasukan Pahang dalam Piala Malaysia.Yang mengejutkan,ia lebih cemerlang dan lebih dikenali sebagai pemain yang hebat dalam posisi itu. Selepas menamatkan kerjaya -nya sebagai pemain, Zainal menjadi jurulatih dan pengurus pasukan.