Rabu, 3 Mei 2017 | 10:38pm
Oleh Muhammad Suhaib Mohd
Shapiee
bhsukan@bh.com.my
Kongsi artikel
KETUA jurulatih Pulau Pinang,
Zainal Abidin Hassan. - Foto Mikail Ong
GEORGETOWN: Skuad Harimau
Kumbang mengalas tugas sukar untuk mengutip tiga mata penuh bertemu FELDA
United di halaman sendiri dalam aksi pusingan kedua Liga Super, Ahad ini di
Stadium Negeri Pulau Pinang (SNPP).
Begitupun, ketua jurulatih
Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan berkata anak didiknya ketika ini berada dalam
tahap yang memuaskan kerana banyak peningkatan dalam posisi menyerang dan
bertahan sejak perlawanan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun tewas
sebelum ini.
"Kemenangan dengan FELDA
United pada pusingan pertama dulu sudah menjadi satu sejarah dan untuk
pertembungan pusingan kedua saya perlu mengubah taktikal permainan kerana
mereka sudah mengetahui corak permainan pasukan bimbingan saya.
"Tetapi kecederaan tonggak
utama pasukan membimbangkan saya kerana ia berkemungkinan akan merencatkan
sedikit percaturan yang sudah disiapkan oleh saya untuk memastikan berjaya
mengutip tiga mata penuh walaupun dengan satu jaringan berharga," katanya.
Zainal optimis skuad Harimau
Kumbang akan berjaya memperoleh tiga mata berharga di halaman sendiri untuk
membuktikan bahawa pasukannya bukan mangsa belasahan.
"Saya akan menurunkan
kesebelasan utama pasukan yang terbaik supaya permainan menjadi rancak dan
mengharapkan setiap pemain dapat bermain sebagai satu pasukan yang mantap.
"Apa yang penting sekali
adalah mematahkan setiap percubaan pemain Felda United menjaringkan gol dan
tidak melakukan kesilapan mudah kerana peluang akan diambil oleh pihak
lawan," katanya.
Pulau Pinang menang tipis 1-0
ketika bertemu FELDA United pada 9 April lalu di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka, Pahang.
Sementara itu, Zainal enggan
mengulas lanjut mengenai pemain baharu import dan tempatan yang akan dibawa
masuk untuk jendela perpindahan kerana fokus terhadap perlawanan FELDA United
terlebih dulu.
"Saya tidak menafikan
kerana akan ada pemain baharu dalam pasukan Harimau Kumbang untuk
memperkemaskan lagi barisan serangan, tengah, dan pertahanan.
"Senarai nama pemain
import dan tempatan baharu telah ada tetapi keputusan akan dibuat selepas
perlawanan dengan FELDA United di halaman sendiri.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
3 Mei 2017 | 10:38pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan