Sabtu, 30 Mac 2019

ZAINAL ABIDIN HASSAN-1998


Zainal Abidin Hassan mengetuai skuad Selangor pada tahun 1998
Kejuaraan Kelab Asia 1998-1999

Selangor menggantikan Pulau Pinang sebagai wakil Malaysia disebabkan masalah kewangan di Malaysia. Selangor melepasi pusingan pertama kelayakan Asia Timur setelah menewaskan Singapore Armed Forces (Singapura) dengan agregat 4-2Namun, Selangor terkandas di pusingan kedua Asia Timur setelah tewas kepada Pohang Steelers (Korea Selatan) dengan agregat 1-10[1]

MENDIRIKAN RUMAH TANGGA 1985


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Menyifatkan baginda sebagai Sultan yang amat dekat dengan rakyat, Zainal cukup terharu apabila baginda sudi mencemar duli hadir pada majlis perkahwinan beliau pada tahun 1985.
“Alhamdulillah, saya amat terkejut sekali keberangkatan Tuanku, sewaktu itu saya beraksi untuk Pahang, Tuanku berangkat datang untuk meraikan perkahwinan saya di Kampung Baru,” jelasnya.[1]


[1] https://e-usahawan.com/topic/4513-zainal-abidin-terharu-imbas-kenangan-bersama-al-sultan-abdullah/

ZAINAL ABIDIN HASSAN-PINGAT EMAS SUKAN SEA 1989

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Sea Games 1989 KUALA LUMPUR
Venue:
1. Stadium Merdeka
2. Stadium Bolasepak KL 

Coach: Trevor Hartley

Skuad Latihan Pusat (22)
Penjaga Gol: Azmi Mahmud, Yap Kam Choon, Rashid Hassan (Kuala Lumpur)

Pertahanan: Serbegeth Singh, K. Ravinchadaran, Razip Ismail, Chow Siew Yai, See Kim Seng, Lee Kin Hong, Salim Mahmud, M. Ravindran (Pahang), Naina Mohamed Ismail

Tengah: Radhi Mat Din, Ahmad Yusof (Pahang), Azizol Abu Haniffa, Mat Zan Mat Aris, Lim Teong Kim (Kuala Lumpur), Mubin Mokhtar,

Penyerang: Zainal Abidin Hassan (Selangor), Dollah Salleh, Subadron Aziz (Kuala Lumpur), A. Anbalagan (Pahang), P. Ravindran (Perak), Aziz Azizan (Pulau Pinang)
SUMBER-https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/bolasepak-sukan-seaseap.html

ZAINAL ABIDI HASSAN-1988


ZAINAL ABIDI HASSAN-KASUT EMAS 1983



ZAINAL ABIDIN HASSAN 1986



‘Kami gagal guna peluang’

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
1.3.2008

FABIO FLOR (kanan) memainkan peranan penting dalam membantu Terengganu menewaskan Pahang kelmarin.


“KAMI gagal manfaatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol”.
Demikian komen jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai merujuk kepada kekalahan skuad Tok Gajah 1-2 kepada Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Menurut Zainal, perlawanan semalam (kelmarin) memperlihatkan banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemainnya walaupun memperoleh banyak peluang.
“Kita akui, pemain kita kurang menyerlah pada perlawanan malam ini (kelmarin), disebabkan beberapa kesilapan mudah,” jelasnya.
“Namun ia tidak akan mematahkan semangat pasukan ini terus mempamerkan aksi yang lebih hebat pada perlawa- nan akan datang.”
Bagi Zainal lagi, kegagalan jentera pertahanannya menyerap tekanan daripada pasukan lawan telah mencetuskan keadaan kelam-kabut di kawasan kotak penalti pasukannya.
“Keadaan ini sering kali berlaku dan pemain Tereng- ganu bijak menggunakan peluang itu untuk menjaringkan gol,” jelasnya.
“Sebagai strategi baru untuk memantapkan lagi pasu- kan Pahang, dua pemain import kita iaitu Tarik El Janaby dan Reduane Barkaoui akan diturunkan pada perlawanan menentang Selangor, Sabtu ini,” ujarnya.
Zairo Anuar Zalani muncul wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol pada aksi kelmarin, sambil Pahang sekadar memperoleh gol saguhati menerusi V. Saravanan.
Sebelum itu, peluang terbaik Pahang untuk menjaring- kan gol hadir pada minit ke-31, tetapi tandukan Hairuddin Omar sedikit tersasar melepasi pintu gol lawan.

ZAINAL ABIDIN HASSAN-PEMENANG KASUT EMAS 1992

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PAHANG 1992


Jumaat, 29 Mac 2019

LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN HASSAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan adik-beradik Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif sama ada untuk pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati sukan sejak kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan lumba lari, sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah sepenuhnya terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan sukan. Ia menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola. Pembabitan awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain lain kini. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama daripada ibu dan kakak-kakaknya.[1]

       Pada masa itu ibunya melihat dunia bola sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan akademiknya.

       Semasa bersekolah di Sekolah Rendah Janis Kebangsaan Inggeris Jalan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih bersekolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak degil ketika itu, sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka. “Saya sanggup curi-curi keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak dengan kawan-kawan di kampung berhampiran," kata Zainal.

       Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili pasukan kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka tidaklah segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat terbaik negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

       Semasa berada dalam darjah enam ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya mendapat

tempat ketiga. Semasa belajar di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. Malah
______________________________
[1] Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.

ZAINAL ABIDIN-JUARA PIALA MALAYSIA 1997

SUMBER-BOLA SEPAK 12 JANUARI 1998

Melaka bakal turun bertemu Perak tanpa Liridon


 PENGENDALI MELAKA UNITED, ZAINAL ABIDIN HASSAN
PENGENDALI MELAKA UNITED, ZAINAL ABIDIN HASSAN
28 Mac 2019 7:17 PM

MELAKA 28 Mac- Jentera tengah Melaka United (MU), mungkin sedikit goyah menjelang aksi bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam esok, ekoran ketiadaan Liridon Krasniqi yang masih dibelenggui kecederaan.

Bagaimanapun, ketiadaan Liridon tidak memberi kerisauan kepada pengendalinya, Zainal Abidin Hassan yang menaruh kepercayaan kepada Safiq Rahim, bahawa pemain itu mampu memimpin bahagian tengah skuad Sang Kancil.


“Pastinya kami tidak mahu kehilangan mata dan mahu terus aksi konsisten dalam masa sama sedar pasukan lawan merupakan lawan yang sukar.

“Saya harap pemain dapat memberi fokus sepenuhnya dalam tempoh 90 minit dan menunjukkan disiplin yang tinggi,” katanya.

Liridon yang lebih dikenali sebagai Mat Don kini sedang giat mengikuti program pemulihan.

Melaka kini menduduki tangga kelima dengan mengutip 10 mata, sementara Perak di kedudukan ketujuh liga dengan enam mata tetapi skuad kendalian Mehmet Durakovic memiliki kelebihan satu perlawanan. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-bakal-turun-bertemu-perak-tanpa-liridon-1.871673#ixzz5jXtcNaw4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 28 Mac 2019

ZAINAL ABIDIN HASSAN-PIALA MALAYSIA 1982


ZAINAL ABIDIN HASSAN-PIALA MALAYSIA 1981

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

ZAINAL ABIDIN HASSAN-PIALA MALAYSIA 1980



ZAINAL ABIDIN HASSAN 1995


BIOGRAFI ZAINAL ABIDIN HASSAN


Adat bola sepak, pasti ada yang berhijrah ke pasukan baru. Beliau menerima tawaran yang lumayan pada 1983 dan menyertai Pahang FA pada tahun tersebut. Beliau turut ditemani oleh pemain import dari Singapura seperti T. Pathmanathan dan R. Suriamorthy dalam pasukan. Hasilnya, Pahang berjaya merampas Piala Malaysia pada 1983. Status beliau sebagai pemain bervariasi terserlah apabila beliau diletakan sebagai penyerang dan berjaya menjadi penyerang yang paling digeruni di dalam kancah Liga Malaysia dan antarabangsa.[1]


[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_Hassan

Rabu, 27 Mac 2019

ZAINAL ABIDIN HASSAN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Semasa berada dalam darjah enam ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya berjaya mendapattempat ketiga. Semasa belajar di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. [1]
-----------------------------------------
[1]Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.

ZAINAL ABIDIN HASSAN 1997


ZAINAL ABIDIN HASSAN


Jaringan hatrrick Zainal Abidin Hassan di malam pertemuan Malaysia-Nepal untuk skuad kelayakan Pra Piala Dunia kebangsaan memberi kedudukan 5-0 menyakinkan negara dapat menumpaskan Korea Selatan pada pertemuan 19 Mei ini. Nyata sekarang skuad negara telah mempunyai barisan hadapan yang mungkin boleh mengentarkan Kkora Selatan.[1]


[1] Hatim Bahari,Arana Bolasepak.1984.