Jumaat, 17 Mei 2019

Zainal tagih bisa Milunovic


MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
 
JURULATIH Melaka, Zainal Abidin Hassan mengharapkan anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan besar ke atas FELDA United diteruskan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam esok.

Walaupun tanpa penyerang kelahiran Brazil, Anselmo Casagrende yang dilepaskan mewakili Pulau Pinang dia masih yakin skuadnya mampu membawa pulang tiga mata walaupun beraksi di tempat lawan.

Kecemerlangan sentuhan Luka Milunovic mencipta hatrik menewaskan The Fighters 6-0 juga dituntut pada perlawanan itu nanti.

“Apa menggembirakan Milunovic menemui bisanya dalam perlawanan itu. Pada saya ia khabar amat positif untuk kunjungan ke Alor Setar.

“Kehadirannya bersama Melaka pada saingan pra-musim sebelum menyertai Sabah awal musim ini dan kembali pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia tepat pada masanya.

Justeru saya mahu dia terus menampilkan penyudah yang berkesan,” katanya.

Apapun Zainal turut memuji persefahaman pasukan di semua posisi dalam membina imej baharu yang lebih bertenaga pada pusingan kedua berbanding saingan pertama liga.

Bekas jurulatih Selangor dan Pahang itu waspada dengan helah Lang Merah yang dilihat mahu kembali selepas tewas 1-3 kepada Selangor sebelum ini.

Selepas 13 perlawanan Kedah dan Melaka masing- masing menduduki tangga keeempat dan kelima liga dengan kutipan 19 mata namun kedudukan dipisahkan menerusi kelebihan jaringan buat skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak terbabit.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 2:43 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan