MyMetroArena
Nazri Abu
Bakar
MELAKA masih
belum menemui pemain import baharu menggantikan Darko Markovic menjelang aksi
Liga Super berdepan FELDA United, di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Rabu ini.
Jurulatih MU,
Zainal Abidin Hassan, berkata skuad itu masih meneliti import sesuai untuk mengisi
kekosongan Markovic yang dilepaskan menyertai Kuala Lumpur pada sesi jendela
perpindahan kedua Liga Malaysia ketika ini.
Menurutnya,
sebelum ini tempat Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan sudah diganti
dengan penyertaan Luka Milunovic dengan kelibat bintang Serbia terbabit sudah
diturunkan pada perlawanan berdepan Selangor pada 4 Mei lalu.
"Bagaimanapun
setakat ini, tiada import yang sesuai untuk didaftarkan setakat ini.
Justeru aksi
berdepan The Fighters di gelanggang sendiri menyaksikan kami hanya menurunkan
empat import sahaja.
"Selain
Milunovic, skuad Hang Tuah kini memiliki penyerang dari Brazil, Anselmo Casagrande,
Jang Suk-Won (Korea Selatan) dan Patrick Reichelt (Filipina).
Apapun saya
amat yakin mereka tetap berusaha gigih untuk membantu kemenangan pasukan,
biarpun kurang rakan import," katanya.
Sementara itu,
Zainal turut menuntut aksi cemerlang pasukan seperti pada aksi babak kedua
ketika mengikat The Red Giants 1-1 di Shah Alam.
Baginya, jika
persembahan sama diterjemahkan pemain, tidak mustahil mata maksimum bakal
diraih di gelanggang sendiri.
Legenda bola
sepak negara itu berkata, kesungguhan pemain membentuk keserasian walaupun di
bulan Ramadan juga dilihat amat memuaskan dan melegakannya dalam persiapan
akhir berdepan pasukan pelawat.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 7:01 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan