MyMetroArena
Nazri Abu
Bakar
sukanteam@nstp.com.my
JURULATIH
Melaka, Zainal Abidin Hassan mengharapkan anak buahnya mengekalkan momentum
kemenangan besar ke atas FELDA United diteruskan bertemu Kedah di Stadium Darul
Aman, Alor Setar, malam esok.
Walaupun tanpa
penyerang kelahiran Brazil, Anselmo Casagrende yang dilepaskan mewakili Pulau
Pinang dia masih yakin skuadnya mampu membawa pulang tiga mata walaupun beraksi
di tempat lawan.
Kecemerlangan
sentuhan Luka Milunovic mencipta hatrik menewaskan The Fighters 6-0 juga
dituntut pada perlawanan itu nanti.
“Apa
menggembirakan Milunovic menemui bisanya dalam perlawanan itu. Pada saya ia
khabar amat positif untuk kunjungan ke Alor Setar.
“Kehadirannya
bersama Melaka pada saingan pra-musim sebelum menyertai Sabah awal musim ini
dan kembali pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia tepat pada masanya.
Justeru saya
mahu dia terus menampilkan penyudah yang berkesan,” katanya.
Apapun Zainal
turut memuji persefahaman pasukan di semua posisi dalam membina imej baharu
yang lebih bertenaga pada pusingan kedua berbanding saingan pertama liga.
Bekas
jurulatih Selangor dan Pahang itu waspada dengan helah Lang Merah yang dilihat
mahu kembali selepas tewas 1-3 kepada Selangor sebelum ini.
Selepas 13
perlawanan Kedah dan Melaka masing- masing menduduki tangga keeempat dan kelima
liga dengan kutipan 19 mata namun kedudukan dipisahkan menerusi kelebihan
jaringan buat skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak terbabit.
sumberArtikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 2:43 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan