Sabtu, 1 April 2017

Zainal: Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi



Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2017
 Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan

BELUM ada sebarang tawaran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi  mendapatkan  khidmat  bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Perkara itu dinyatakan sendiri Zainal sambil menjelaskan perkara berkenaan  hanya khabar angin semata-mata.

Nama Zainal dikaitkan sebagai pengendali baharu Harimau Kumbang selepas kontrak Ashley Westwood ditamatkan susulan prestasi buruk pasukan itu dalam saingan Liga Super, musim ini.

Selain Zainal, jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah, K Devan, Datuk K Rajagobal dan bekas import Maghribi, Merzagua Abderrazak turut menjadi pilihan penyokong untuk membawa Pulau Pinang keluar daripada zon penyingkiran.

“Cerita-cerita khabar angin dari blog atau Facebook, jangan percayalah.

“Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi dan tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya adakah beliau bersedia menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan, Zainal enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak fikir apa-apa buat masa sekarang. Semua orang pun tahu masalah saya dengan Selangor pun belum selesai lagi,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 21 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan