Selasa, 4 April 2017

Zainal mahu pemain bangkit



Georgetown: Pulau Pinang masih mempunyai ruang dan harapan untuk mencipta kejutan dan kejayaan dalam perlawanan akan datang sekali gus berada di kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super.

Ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan berkata, misi memandang ke hadapan menjadi keutamaan buatnya ketika ini dan mengharapkan semua pemain tidak lagi menoleh ke belakang.

“Lupakan peristiwa lalu dan kini bangkit dengan semangat juang yang baru selain saya akan membentuk pasukan termasuk meningkatkan prestasi pemain sebelum menumpukan bahagian taktikal pula.

“Saya tahu pemain mempunyai kesungguhan dan mereka perlu melakukan per
ubahan sikap dan itu langkah terbaik dan sebagai ketua jurulatih tetap mempunyai harapan yang tersendiri.

“Sasaran awal adalah layak ke Piala Malaysia kerana masih belum terlambat buat skuad Harimau Kumbang membuktikan kemaraan biarpun agak getir.

“Kami tidak perlu mengaku kalah lebih awal dan pastinya formula pemain yang benar-benar terbaik dalam segenap posisi akan terpilih dan diberikan keutamaan dalam membentuk sesebuah pasukan,” katanya yang turun kali pertama melatih pemain di Kelab Sukan Pulau Pinang (PSC), semalam.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 6:24 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan