Zainal ABIDIN HASSAN (dua dari
kanan) bersalaman dengan Zairil
ZAINAL ABIDIN HASSAN (dua dari
kanan) bersalaman dengan Zairil Khir Johari selepas majlis pengumuman
pelantikannya sebagai jurulatih Harimau Kumbang di Pulau Pinang semalam.
Utusan/Noor Ain Hidayah Adenan
PULAU PINANG 24 Mac - Ketua
jurulatih Pulau Pinang yang baharu Zainal Abidin Hassan berkata antara perkara
pertama akan dilaksanakannya bermula minggu hadapan adalah memulihkan semangat
pemain dan memperbaiki kualiti skuad Harimau Kumbang yang kini berada di anak
tangga tercorot Liga Super.
Pulau Pinang belum mencatat
kemenangan selepas lapan perlawanan dengan hanya dua keputusan seri
berturut-turut untuk dibanggakan setakat ini iaitu dengan Melaka United dan
PKNS FC, yang merupakan dua perlawanan terakhir untuk Ashley Westwood sebelum
bekas pemain Manchester United itu disingkirkan.
Zainal yang dilantik sebagai pengganti
Westwood, dan akan memulakan tugasnya Isnin depan berkata, dia akan berusaha
menerapkan pengalamannya selain ilmu yang diperolehnya bersama Kelab Liga
Inggeris, Cardiff City FC selama tiga bulan tahun lalu selepas berkhidmat
dengan Pahang akan digunakan dengan baik.
Harimau Kumbang hanya
menjaringkan empat gol setakat ini dan telah dibolosi 16 kali, rekod yang
pastinya menjejaskan semangat pasukan dan bekas pengendali Selangor berusia 54
tahun itu berkata, dia perlu bekerja keras untuk memulihkan semula moral pemain
sebaik sahaja memulakan tugas dan perbincangan terperinci akan dilakukan
dengan pihak pengurusan.
“Saya yakin akan dapat memulihkan
skuad Harimau Kumbang tetapi perlu bekerja keras dan konsisten. Jika saya tidak
yakin, saya tidak berada di sini,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan
pelantikannya, di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari dan penolong ketua
jurulatih Derren Read.
Ahad lalu, FAP mengumumkan
kontrak Westwood ditamatkan dan tanggungjawab tersebut digalas sementara oleh
Read.
Ketika ditanya desas-desus
pengambilan empat pemain baharu, Zainal berkata, masih terlalu awal untuk
bertindak sedemikian kerana dia belum bertemu dengan skuad dan perlu menilai
prestasi kesemua pemain.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pulih-semangat-pemain-tugas-utama-zainal-1.461486#ixzz4cI0xi5V©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan