ZAINAL ABIDIN HASSAN memberi
arahan kepada pemain Pulau Pinang pada hari pertama sebagai ketua jurulatih
Harimau Kumbang di padang Kelab Sukan Pulau Pinang, semalam.
28 Mac 2017 12:09 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
PULAU PINANG 27 Mac – Zainal
Abidin Hassan yang memulakan tugas sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang hari
ini melahirkan keyakinan skuad Harimau Kumbang masih berpeluang untuk layak ke
Piala Malaysia tahun ini.
Zainal yang mengisi kerusi panas
berkenaan selepas Ashley Westwood disingkirkan berkata, layak ke kejohanan bola
sepak tertua Asia itu harus menjadi fokus utama setiap pemain, sekali gus
menjadi medan kebangkitan pasukan.
Katanya, jika dilihat di atas
kertas, peluang Pulau Pinang tipis namun masih belum tertutup sepenuhnya.
“Kami ketinggalan mata agak jauh
namun ruang masih ada. Oleh itu, pasukan akan memberi perhatian kepada setiap
perlawanan yang akan diharungi selepas ini,” katanya di sini hari ini.
Begitupun, bekas pengendali
Selangor itu sedar pemainnya bakal berdepan tugas sukar apabila tiga perlawanan
terakhir pusingan pertama Liga Super yang menjadi penentu ke Piala Malaysia
akan menemukan mereka dengan tiga gergasi bola sepak tanah air iaitu Felda
United, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan.
Kata Zainal, beliau perlu
bersedia dengan taktikal yang sesuai dengan kemampuan barisan pemain yang
berada dalam skuad berkenaan ketika ini.
“Kita tahu semua penyokong
mengharapkan pasukan bangkit dan layak ke Piala Malaysia, jadi pemain kena
lupakan apa yang telah berlaku sebelum ini dan pandang ke depan,” katanya.
Mengulas pertemuan dengan Felda,
Zainal berkata, perlawanan itu tidak mudah kerana mereka bertandang ke tempat
lawan.
“Kita tahu Felda adalah wakil
negara dalam Piala AFC, malah mereka menunjukkan peningkatan di bawah kendalian
jurulatih baharu, namun kita juga perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Mengenai muka baharu yang akan
dibawa masuk, Zainal Abidin berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa memberi
cadangan kepada pihak pengurusan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zainal-sasar-layak-ke-piala-malaysia-1.462660#ixzz4co0fIZYA
© Utusan Melayu (M) Bhd