Juara bertahan Piala Malaysia Pahang yang bakal menghadapi rintangan mempertahankan empat kejuaraan dalam liga bolasepak Semi-pro, sekali lagi akan menyandarkan harapan di bahu penerima Anugerah Kasut Emas 1992 Zainal abidin Hassan dan rakanya , Dollah Salleh untuk memperkuatkan cabaran mereka musim depan.
“Zainal dan Dollah pada dasarnya akan menabur bakti untuk musim ketiga bersama Pahang tahun depan. Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang bermesyuarat minggu lalu bersetuju mengekalkan mereka.”Kata sumber persatuan itu di Kuantan Semalam.[1]
“Mreka sudah masak dengan bolasepak Liga Semi-Pro dan tidak rugi kami mengekalkan mereka kerana percaya Zainal dan Dollah masih berbahaya kepada awan, tegasnya.” Ini terhurailah masalah Zainal dan Dollah, dua pemain yang dianggap aset bernilai kepada mana-mana pasukan oleh Jurulatih Kebangsaan, Ken Worden. [2]
[1] Badrul Hisham Othman dan Halmi Samad, PBNP Kekal, Zainal Dollah, Berita Harian 21 Januari 1993.
[2] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan