SUKAN»Bola
Sabtu, 26 Oktober 2019 | 3:46pm
Zainal (baju merah) terus diberikan mandat untuk menerajui
skuad Hang Tuah pada musim depan. - NSTP/Rasul Azli Samad
Zainal Abidin kekal bimbing Melaka United
Oleh Fairuz Zaidan
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Tanda tanya mengenai kedudukan pengendali Melaka
United (MU), Zainal Abidin Hassan sama ada dikekalkan atau sebaliknya, terjawab
hari ini apabila beliau terus diberikan mandat untuk menerajui skuad Hang Tuah
pada musim depan.
Mengesahkan perkara itu, Presiden Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA), Adly Zahari, berkata Zainal turut diberi pilihan
menentukan barisan pemain untuk memperkuat skuad itu pada musim depan dengan
penumpuan pada ciri fizikal serta pemain muda.
“Kita akan lihat kembali potensi fizikal pemain kita
sedia ada, selain memberi kebebasan kepada Zainal sebagai jurulatih untuk
menentukan pemainnya.
“Sudah tentu (hasrat) kita untuk lihat potensi pemain
muda untuk memberikan cabaran baharu kepada saingan musim depan,” katanya ketika
ditemui pada pelancaran Program Bazar Peduli Rakyat (BPR) peringkat negeri 2019
di Dataran Mat Riau, Bukit Baru, di sini, hari ini.
Ditanya sebarang sasaran Penunjuk Prestasi Utama (KPI)
ditetapkan kepada Zainal untuk MU pada musim depan, Adly yang juga Ketua
Menteri Melaka berkata, ia masih belum ada tetapi akan ditetapkan kemudian.
“Kita juga akan lihat kepada bajet keseluruhan pasukan
pada musim depan, termasuk mahu melihat potensi pemain terlebih dahulu.
“Secara keseluruhan prestasi MU musim ini masih ditahap
membanggakan kerana kita berjaya memperbaiki keputusan carta liga di tangga
keenam, berbanding ketujuh pada musim sebelumnya.
“Jika kita lihat, MU bermula agak cemerlang tetapi atas
faktor kecederaan membuatkan prestasi pasukan sedikit terjejas,” katanya.
Mengenai tunggakan gaji, Adly berkata selain ia menjadi
tanggungajawab MUSA, isu itu juga tidak lagi timbul kerana ia akan diselesaikan
di peringkat pengurusan.
Zainal yang juga bekas pemain kebangsaan sebelum ini
dipetik sebagai berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai jawatan itu
selepas misi MU terhenti di suku akhir Piala Malaysia, akhir bulan lalu.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 26 Oktober 2019 |
3:46pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan