ARKIB : 28/01/2008
KUANTAN Mengecewakan. Itulah
luahan jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan terhadap persembahan tidak
konsisten anak buahnya selepas terikat 2-2 dengan Negeri Sembilan dalam saingan
Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam kelmarin lapor SHAMSIAH ZULKAFLI.
Dalam perlawanan tersebut,
skuad Tok Gajah mendahului 2-0 pada satu ketika, namun atas kelekaan mereka,
pasukan lawan kembali menyamakan kedudukan, sekaligus menyebabkan mereka
kehilangan tiga mata berharga di gelanggang sendiri.
Zainal yang ditemui sejurus
perlawanan berkata, dia kecewa dengan aksi skuad kendaliannya yang gagal
mempamerkan persembahan konsisten sehingga tamat perlawanan.
Dalam separuh masa pertama,
permainan agak hambar tanpa banyak serangan, namun pemain saya bangkit pada
separuh masa kedua dengan dua gol.
Sayangnya, corak permainan
yang ditunjukkan tidak konsisten menyebabkan kita akhirnya terpaksa berkongsi
mata dengan lawan, katanya.
Pada perlawanan tersebut, gol
Pahang dijaringkan Redouane Barkaoui melalui tendangan penalti pada minit
ke-58, diikuti jaringan kedua pada minit ke-64 oleh Christiano Lopez
Figuerredo.
Bagaimanapun Negeri Sembilan
bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Efendi Abd. Malek
pada minit ke-68 dan Mohd. Rahman Zabul pada minit ke-78.
Zainal yang juga bekas pemain
kebangsaan berkata, walaupun gagal mengekalkan rentak permainan, dia
menyifatkan prestasi skuad kendaliannya agak baik berbanding beberapa
perlawanan sebelum ini.
Kita juga dapat lebih kurang
10 peluang yang baik, namun ia gagal disempurnakan, katanya.
Sambil menyifatkan skuadnya
kehilangan prinsip, Zainal berkata, dua gol yang dibolosi lawan juga adalah gol
mudah yang sepatutnya boleh dielakkan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4wiUM0COX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan