ARKIB : 10/08/2007
SHAH ALAM Pertembungan dua
bekas penyerang terbilang dari Selangor dan Singapura akan menjadi penyeri
perlawanan bola sepak merebut Piala Sultan Selangor Edisi Keenam di Stadium
Shah Alam, Sabtu ini.
Kelibat Zainal Abidin Hassan
tampil beraksi menyarung jersi veteran Selangor dan bintang tersohor, Fandi
Ahmad pula akan mengemudi veteran Singapura mengimbas kembali nostalgia
pertemuan kedua-dua gergasi bola sepak Piala Malaysia.
Jurulatih skuad veteran
Selangor, Wong Choon Wah berkata, selain kehadiran Zainal Abidin pemain lain
yang turut beraksi seperti Dollah Salleh, Razali Alias, Yap Kam Choon, Rashid
Hassan, Reduan Abdullah, John Engkatesu dan Vincent Thambirajah.
Menurut bekas pemain tengah
Selangor pada tahun 1968 hingga 1975 itu, seramai 25 bekas pemain skuad Merah
Kuning pada awal 70-an, 80-an dan 90-an telah dapat dikumpul untuk menentang
pasukan veteran Selangor.
Perlawanan dua pasukan
membariskan orang-orang lama ini mengembalikan nostalgia silam antara Selangor
dan Singapura dalam saingan Piala Malaysia.
Ramai antara mereka masih
lagi boleh bermain walaupun tidak lah sehebat di zaman kegemilangan Selangor,
ujarnya Choon Wah yang turut beraksi mewakili skuad kebangsaan pada Sukan
Olimpik Munich pada 1972.
Choon Wah, 60, berkata, bagaimana
pemain pertahanan kental Selangor dan skuad kebangsaan Datuk Soh Chin Aun tidak
dapat menyertai skuad veteran Selangor kali ini.
Ujarnya, Chin Aun ketika ini
berada di Slovakia mengikuti latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan yang dalam
persiapan rapi menghadapi Sukan Sea Korat dan Pesta Bola Merdeka.
Selain itu katanya, dua lagi
pemain iaitu Wong Hung Nung, Hanafiah Ali dan Karim Pin turut menarik diri
daripada beraksi kerana masalah peribadi.
Skuad veteran akan diketuai
oleh Santokh Singh, Datuk M. Chandran pula sebagai pengurus pasukan dan
penasihat pasukan ialah Datuk Abdul Ghani Minhat.
Saya menjangkakan aksi paling
menarik akan diberikan oleh veteran Selangor berdepan dengan veteran Singapura,
ujarnya.
Sementara itu, tiket-tiket
perlawanan berhargai RM5 mula dijual di Stadium Shah Alam mulai Jumaat b pukul
10 pagi hingga 7 petang begitu juga keesokannya.
Selain di Stadium Shah Alam,
peminat juga boleh mendapatkan tiket di Hard Rock Cafe, Planet Hollywood,
Concorde Shah Alam, Quality Hotel City Center, Quality Hotel Shah Alam dan
Majlis Bandaraya Shah Alam.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4vNtn4DEr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan