ISNIN, 24 APRIL 2017 @ 9:22 PM
Oleh Muhammad Suhaib Mohd
Shapiee bhsukan@bh.com.my
ZAINAL Abidin Hassan. - Foto
Mikail Ong GEORGETOWN: Skuad Harimau Kumbang perlu mengambil peluang bermain di
halaman sendiri untuk menyekat Johor Darul Ta'zim (JDT), yang masih menerajui
carta Liga Super dalam saingan Liga Super, Rabu ini.
Ketua jurulatih Pulau Pinang,
Zainal Abidin Hassan, berkata beliau akan mengubah taktikal dan corak permainan
pasukan berkenaan supaya pemainnya dapat menjaringkan gol.
"Tidak dinafikan semua
pemain JDT berada di tahap yang baik kerana baru saja bermain dengan Pahang
walaupun tidak layak ke peringkat separuh akhir Piala FA. "Pemain perlu
berwaspada dan tidak melakukan kesalahan yang mudah seperti perlawanan sebelum
ini dan menutup setiap ruang pemain JDT," katanya.
Zainal tetap optimis untuk
mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri walaupun hanya menggunakan seorang
pemain import. "Saya terpaksa ketepikan Renaildo Lobo daripada kesebelasan
utama dan akan menggantikannya dengan Mafry Balang untuk memantapkan barisan
pertahanan.
"Setiap pemain perlu
membuat kerja dua kali ganda untuk memastikan mereka dapat menyekat setiap
gerakan pemain JDT. "Kemampuan pemain JDT tidak dapat dinafikan tetapi
kesebelasan utama kita juga tidak boleh dipertikaikan kerana mereka juga adalah
antara yang terbaik," katanya.
SUMBERSelanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/275393
Tiada ulasan:
Catat Ulasan