Selasa, 17 Disember 2019

Zainal senaraikan 22 pemain MU

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com
MELAKA: Pengendali baharu Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan sudah mengenal pasti 22 pemain untuk disenaraikan bagi menyertai skuad berkenaan termasuk mengekalkan lapan pemain pada musim ini.

Menurutnya, senarai pemain terbabit akan dimuktamadkan lewat minggu ini termasuk bersama lapan pemain berkenaan yang sudah dibincang bersama pihak pengurusan.

Katanya, baki pemain termasuk bintang tempatan daripada beberapa pasukan Liga Super turut berada dalam senarai terbabit.

"Kami juga mengenal pasti seorang dua pemain dari skuad Piala Presiden MU untuk disenaraikan selain bintang import untuk melengkapkan 22 pemain.

"Keseluruhan dijangka 25 pemain akan berada dalam senarai terakhir terbabit. Apapun tiga pemain itu akan diputus pada sesi latihan awal Disember depan," katanya.

Sehubungan itu, dia mengharapkan lapan pemain teras musim ini yang dikekalkan untuk 2019 mampu menjadi antara tunjang utama buat pasukan.

Bagaimanapun, dia akan menilai terlebih dulu semua aspek termasuk kesesuaian, keserasian dan posisi bagi pembentukan kesebelasan pertama ke arah sebuah pasukan berwibawa.

Namun dia masih yakin mereka yang menyumbang kudrat untuk pasukan itu bersama MU sebelum ini mampu menjadi antara pilihan terbaik membentuk persembahan efektif skuad Hang Tuah di pentas Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, Zainal Abidin menjelaskan beberapa nama besar bakal menyertai skuad berkenaan sebaik menandatangani kontrak semusim bersama MU, baru- baru ini.

Menurutnya, selain nama berkenaan ada juga beberapa nama baharu tampil menyatakan minat menyertai skuad terbabit.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 1:26 PM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan