SUKAN»Bola
Ahad, 19 Mei
2019 | 1:28pm
KETUA
Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan. - NSTP/Rasul Azli Samad
Zainal kecewa
kesilapan benteng
Oleh Izzali
Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR:
Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan kecewa dua kesilapan
benteng pertahanan menyebabkan skuadnya gagal membawa pulang sebarang mata dari
Stadium Darul Aman malam tadi.
Menurut
pengendali berpengalaman berusia 56 tahun itu, walaupun banyak bertahan di
separuh masa pertama, skuadnya tidak
memberi ruang buat Kedah bergerak dan lebih disiplin sehingga dapat
menghasilkan gol pendahuluan pada babak pertama.
"Pada
babak kedua ada kelonggaran sedikit dengan dua kesilapan dilakukan termasuk
bola gagal dikeluarkan sehingga masuk ke gol sendiri dan akhirnya menghukum
kami dengan jaringan lawan.
"Dua
kesilapan dilakukan itu sepatutnya tidak boleh berlaku pada perlawanan kali ini kerana kami perlu lebih
kemas terutama apabila bermain di tempat lawan.
"Saya
kecewa atas kesilapan ini kerana kami mendahului di babak pertama dan sebelum
ini saya sudah mengingatkan pemain supaya lebih fokus ketika menentang pasukan
kuat seperti Kedah," katanya.
Zainal
mengakui Melaka turun dengan kemampuan berbeza berbanding ketika berdepan FELDA
United dengan memperolehi kemenangan besar 6-0 pada aksi Rabu lalu.
"Jika
dibandingkan dengan perlawanan bertemu FELDA United sebelum ini, ada perbezaan
kerana tiga pemain tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan dan penggantungan.
"Selepas
ini kita akan berhadapan Perak dan saya harap semua pemain dapat kembali
mengukuhkan pasukan dan saya jangkakan
kita akan susun dengan lebih baik untuk perlawanan akan datang,” katanya.
SUMBER-BERITA
HARIAN ONLINE Ahad, 19 Mei 2019 | 1:28pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan