Rabu, 27 Mac 2019

ZAINAL ABIDIN HASSAN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Semasa berada dalam darjah enam ia terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter) dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya berjaya mendapattempat ketiga. Semasa belajar di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. [1]
-----------------------------------------
[1]Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009, hlm.131.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan