OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Zainal Abidin Hassan dilahirkan
pada 9 November 1962 di Selangor. Bapanya berketurunan Kenya dari Afrika, dan
adik-beradik Zainal sememangnya meminati bola sepak dan bermain dengan aktif
sama ada untuk pasukan kelab, negeri Selangor atau kebangsaan. Zainal meminati
sukan sejak kecil lagi. Bermula dari darjah tiga, ia telah menceburi sukan
lumba lari, sepak takraw, dan bola sepak. Pada waktu ini tumpuannya bukanlah
sepenuhnya terhadap sukan bola sepak, sebaliknya bermain untuk semua permainan
sukan. Ia menjadikan kedua-dua abangnya, Hanafiah dan Khalid sebagai idola.
Pembabitan awal Zainaldalam sukan bola sepak tidak seindah yang dikecapi pemain
lain kini. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa dihadapinya, terutama
daripada ibu dan kakak-kakaknya.[1]
Pada masa itu ibunya melihat dunia bola
sepak sebagai tidak mempunyai masa depan yang cerah. Tambahan pula ketika itu
bapanya telah meninggal dunia. Jadi tanggungjawab membesarkan anak-anak
terpaksa dipikul oleh ibunya seorang. Sebagai anak kesebelas daripada dua belas
adik-beradik, kakak-kakak Zainal amat prihatin terhadap kecemerlangan
akademiknya.
Semasa bersekolah di Sekolah Rendah
Janis Kebangsaan Inggeris Jalan Padang Tembak (1) Kuala Lumpur, ibu dan
kakak-kakak tidak begitu menggalakkannya aktif bersukan. Mungkin saya masih
bersekolah dan tumpuan terhadap pelajaran lebih diutamakan. Tetapi saya agak
degil ketika itu, sedikit pun tidak rnenghiraukan amaran atau larangan mereka.
“Saya sanggup curi-curi keluar dari rumah, semata-mata.ingin bermain bola sepak
dengan kawan-kawan di kampung berhampiran," kata Zainal.
Abangnya, Hanafiah Ali dan Khalid AIi
pernah mewakili Selangor dalam Piala Malaysia dan beberapa kali mewakili
pasukan kebangsaan dalam pertandingan Piala Merdeka. Namun pencapaian mereka
tidaklah segemilang Zainal yang pada zamannya dapat dikatakan merupakan bakat
terbaik negara yang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
Semasa berada dalam darjah enam ia
terpilih mewakili rumah sukan untuk acara olahraga (100 meter dan 200 meter)
dan bermain bola sepak. Kejayaan yang paling membanggakannya ialah apabila
terpilih mewakili Selangor untuk Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun. Dalam kejohanan itu pasukannya beriaya
mendapat
tempat ketiga. Semasa belajar di
Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur ia sekali lagi mewakili negara untuk
acara sepak takraw dan bola sepak untuk pasukan bawah 15 tahun. Malah
______________________________
[1] Mohd Sofi Munajir, Zainal Abidin Hassan, Pertahanan Kental, Penyerang Yang
Tajam dlm. 20 Tokoh Sukan, Medium Publication, Bandar Baru Bangi, 2009,
hlm.131.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan