Sabtu, 30 Mac 2019

‘Kami gagal guna peluang’

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
1.3.2008

FABIO FLOR (kanan) memainkan peranan penting dalam membantu Terengganu menewaskan Pahang kelmarin.


“KAMI gagal manfaatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol”.
Demikian komen jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai merujuk kepada kekalahan skuad Tok Gajah 1-2 kepada Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Menurut Zainal, perlawanan semalam (kelmarin) memperlihatkan banyak kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemainnya walaupun memperoleh banyak peluang.
“Kita akui, pemain kita kurang menyerlah pada perlawanan malam ini (kelmarin), disebabkan beberapa kesilapan mudah,” jelasnya.
“Namun ia tidak akan mematahkan semangat pasukan ini terus mempamerkan aksi yang lebih hebat pada perlawa- nan akan datang.”
Bagi Zainal lagi, kegagalan jentera pertahanannya menyerap tekanan daripada pasukan lawan telah mencetuskan keadaan kelam-kabut di kawasan kotak penalti pasukannya.
“Keadaan ini sering kali berlaku dan pemain Tereng- ganu bijak menggunakan peluang itu untuk menjaringkan gol,” jelasnya.
“Sebagai strategi baru untuk memantapkan lagi pasu- kan Pahang, dua pemain import kita iaitu Tarik El Janaby dan Reduane Barkaoui akan diturunkan pada perlawanan menentang Selangor, Sabtu ini,” ujarnya.
Zairo Anuar Zalani muncul wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol pada aksi kelmarin, sambil Pahang sekadar memperoleh gol saguhati menerusi V. Saravanan.
Sebelum itu, peluang terbaik Pahang untuk menjaring- kan gol hadir pada minit ke-31, tetapi tandukan Hairuddin Omar sedikit tersasar melepasi pintu gol lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan