1.3.2008
FABIO FLOR (kanan) memainkan peranan penting dalam membantu Terengganu
menewaskan Pahang kelmarin.
“KAMI gagal manfaatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol”.
Demikian komen jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai merujuk
kepada kekalahan skuad Tok Gajah 1-2 kepada Terengganu pada aksi Liga Super di
Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.
Menurut Zainal, perlawanan semalam (kelmarin) memperlihatkan banyak
kesilapan yang dilakukan oleh pemain-pemainnya walaupun memperoleh banyak
peluang.
“Kita akui, pemain kita kurang menyerlah pada perlawanan malam ini
(kelmarin), disebabkan beberapa kesilapan mudah,” jelasnya.
“Namun ia tidak akan mematahkan semangat pasukan ini terus mempamerkan aksi
yang lebih hebat pada perlawa- nan akan datang.”
Bagi Zainal lagi, kegagalan jentera pertahanannya menyerap tekanan daripada
pasukan lawan telah mencetuskan keadaan kelam-kabut di kawasan kotak penalti
pasukannya.
“Keadaan ini sering kali berlaku dan pemain Tereng- ganu bijak menggunakan
peluang itu untuk menjaringkan gol,” jelasnya.
“Sebagai strategi baru untuk memantapkan lagi pasu- kan Pahang, dua pemain
import kita iaitu Tarik El Janaby dan Reduane Barkaoui akan diturunkan pada
perlawanan menentang Selangor, Sabtu ini,” ujarnya.
Zairo Anuar Zalani muncul wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol pada
aksi kelmarin, sambil Pahang sekadar memperoleh gol saguhati menerusi V.
Saravanan.
Sebelum itu, peluang terbaik Pahang untuk menjaring- kan gol hadir pada
minit ke-31, tetapi tandukan Hairuddin Omar sedikit tersasar melepasi pintu gol
lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan