Oleh AZIZAN HASHIM
30 Ogos 2020, 12:20 pm
IPOH: Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan memuji persembahan bertenaga anak buahnya ketika menang 1-0 ke atas Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini kelmarin.
Menurutnya, setiap pemain bermain dengan baik dan patuh pada arahan beliau serta bermain dengan disiplin.Beliau berkata, pemain mempamer semangat juang kental dan tidak melakukan kesilapan.“Saya angkat topi kepada semua pemain yang beraksi cemerlang.
“Pemain tidak memberi ruang kepada pemain Perak selain bertahan dengan baik terutama ketika Perak melancarkan serangan bertalu-talu pada penghujung perlawanan,” katanya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.
Zainal Abidin dan anak buahnya pulang dengan ceria hasil jaringan tunggal perlawanan oleh Mohammad Ferris Danial Mat Nasir pada minit ke-51.
Menurut Zainal, tiga mata yang dikutip semalam penting kerana meletakkan kembali Melaka pada kedudukan baik selepas dikenakan tindakan potong mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)
“Tidak kiralah menang satu, dua atau tiga gol, yang penting tiga mata. Bagi saya setiap perlawanan penting dan kami kena kutip sebanyak mata dari baki enam perlawanan, “katanya.SUMBER SUKAN UM ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan