MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
KEHADIRAN import kelima kelahiran
Thailand, Narupon Wild Putsorn, 31, dalam skuad Melaka mampu memperkasa skuad
itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula tidak lama lagi.
Jurulatih skuad berkenaan, Zainal
Abidin Hassan berkata, pemain terbabit yang turut diuji dalam perlawanan
persahabatan berdepan Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat malam tadi
menampilkan persembahan membanggakan.
Katanya, walaupun baharu tiga
hari menyertai pasukan permainannya dilihat matang dan meyakinkan.
"Kami sedang membentuk
persefahaman yang lebih jitu membabitkan pemain itu dengan semua rakan
sepasukan.
Malah persembahan permainannya
dilihat amat memberangsangkan.
"Apapun beberapa kelemahan
yang ada pada aksi terbabit akan terus diperbaiki pada sesi latihan dan dua
perlawanan persahabatan selepas ini," katanya.
Sebelum iini, Persatuan Bolasepak
Melaka United (MUSA) memaklumkan Narupon Wild Putsorn sah menyertai skuad Hang
Tuah sekali gus mengisi import kelima bagi kuota Asean.
Narupon yang mesra dikenali Nazza
yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan sebelum ini
bermain di Thai League 1.
Nazza memulakan kariernya di
Thailand bersama Bangkok United pada 2013 sebelum menyertai beberapa kelab
terkemuka negara itu termasuk Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi
dan Nakhon Ratchasima.Dia yang juga antara produk pembangunan liga kelab Wales,
The New Saints (TNS) pernah membantu TNS menjuarai Welsh Premier League dan FAW
Premier Cup pada musim 2006/2007.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 10 Februari 2020 @ 1:42 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan