SUKAN»Bola
Jumaat, 6 Disember 2019 | 6:39pm
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd menaja
pasukan Melaka United bagi musim 2020 dan 2021. - FB Al-Ikhsan
Al-Ikhsan taja Melaka United RM1
juta
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
MELAKA: Syarikat barangan sukan,
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd sah menaja pasukan Melaka United (MU) bagi musim 2020
dan 2021.
Majlis menandatangani perjanjian
antara syarikat terbabit dan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) diadakan
di Bandar Hilir, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan
Sports Sdn Bhd, Vach Pillutla mewakili syarikat berkenaan sementara Presiden
MUSA, Damian Yeo Shen Li bagi persatuan terbabit.
Damian berkata, dengan
termeterinya perjanjian itu menyaksikan Al-Ikhsan menjadi penaja rasmi jersi
dan pakaian sukan skuad Hang Tuah untuk tempoh dua tahun bermula 2020.
Katanya, MUSA amat berbangga
dengan kesudian syarikat terbabit menaja skuad berkenaan dengan nilai RM1 juta.
"MUSA menerima dengan tangan
terbuka penajaan itu dan ia membabitkan skuad utama, pasukan bawah 21, 19, 17,
futsal serta wanita bagi tempoh terbabit," katanya.
Hadir sama pemain skuad Hijau Putih,
jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan dan penyokong setia skuad terbabit.[i]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan