ARKIB : 31/10/1999
Penyu, Singa Utara selesa
Sementara itu, Perak bangkit
daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum mencatat kemenangan 4-2 ke atas
Selangor dalam satu lagi perlawanan kumpulan A di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Azrul Amri Burhan menjadi
insprasi kemenangan Perak dalam separuh masa kedua menyaksikan tiga jaringan
dihasilkan.
Salah satu daripadanya
mendorong jaringan Liew Kit Kong pada minit ke-84 dan dua menerusi Azrul
sendiri minit ke-55 dan 90.
Selangor bagaimanapun berjaya
mendahului seawal minit kesembilan menerusi jaringan Rusdi Suparman sebelum
Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan buat Perak pada minit ke-29.
Pada minit ke-43, Selangor
kembali di depan menerusi jaringan Zainal Abidin Hassan namun Perak membalas
tiga jaringan di separuh masa kedua.
Bermula babak pertama, Selangor
tidak perlu menunggu lama untuk berada depan apabila Nazzab Hidzan yang berada
di tengah padang melakukan hantaran jauh tepat kepada Rusdi yang menyambutnya
sebelum melakukan jaringan pada minit ke-9.
Gol itu mengejutkan Perak
menyebabkan Weigang memasukkan ayam tambatannya, M. Nagaraja pada minit ke-25
dan empat minit selepas itu, pemain lincah tersebut mengilhamkan gol penyamaan.
Selepas berjaya meloloskan diri
di sebelah kiri pintu gol Selangor, Nagaraja hanya melakukan sepakan lemah
tetapi bola tampanan penjaga gol lawan muntah ke arah Indra Putra yang
kemudiannya menolak bola ke dalam jaring.
Selangor bagaimanapun tidak
patah semangat, hantar cantik Rusdi pada minit ke-43 disudahkan pemain veteran,
Zainal Abidin yang beraksi selaku penyerang dalam perlawanan ini.
Dengan kedudukan itu, Perak
memasukkan perancang utamanya, Azrul Amri Burhan pada minit ke-55 separuh masa
kedua dan hanya dua minit selepas itu, Azrul menjaringkan gol penyamaan
menerusi sepakan percuma.
Tidak cukup dengan gol itu,
Perak menggandakan asakan, akhirnya gol ketiga dihasilkan pada minit ke-84
menerusi Liew Kit Kong yang merembat melepasi jangkauan penjaga gol Selangor.
Ketika permainan hampir tamat,
Azrul menyempurnakan sepakan percuma untuk gol keempat pasukan tuan rumah pada
minit-minit terakhir permainan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4SXaDS4PY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan