Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 2017. Papar semua catatan

Sabtu, 1 April 2017

Zainal: Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi



Wartawan Sinar Harian
21 Mac 2017
 Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan

BELUM ada sebarang tawaran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) bagi  mendapatkan  khidmat  bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Perkara itu dinyatakan sendiri Zainal sambil menjelaskan perkara berkenaan  hanya khabar angin semata-mata.

Nama Zainal dikaitkan sebagai pengendali baharu Harimau Kumbang selepas kontrak Ashley Westwood ditamatkan susulan prestasi buruk pasukan itu dalam saingan Liga Super, musim ini.

Selain Zainal, jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah, K Devan, Datuk K Rajagobal dan bekas import Maghribi, Merzagua Abderrazak turut menjadi pilihan penyokong untuk membawa Pulau Pinang keluar daripada zon penyingkiran.

“Cerita-cerita khabar angin dari blog atau Facebook, jangan percayalah.

“Saya pun tak dapat apa-apa makluman lagi dan tak boleh nak cakap apa-apa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya adakah beliau bersedia menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan, Zainal enggan mengulas lanjut.

“Saya tak nak fikir apa-apa buat masa sekarang. Semua orang pun tahu masalah saya dengan Selangor pun belum selesai lagi,” katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 21 Mac 2017

Jumaat, 24 Mac 2017

Zainal Abidin kendali Harimau Kumbang

Zainal Abidin kendali Harimau Kumbang
Zainal Abidin kendali Harimau Kumbang           
KETUA Jurulatih Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) baharu, Zainal Abidin Hasaan (dua dari kiri) bersalaman dengan Presiden persatuan itu, Zairil Khir Johari (dua dari kanan) selepas majlis pengumuman di Kompleks Tun Abdul Razak, Pulau Pinang pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Azizi Samsudain

24 Mac 2017 12:53 PM

PULAU PINANG 24 Mac - Bekas pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad Harimau Kumbang yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Zainal Abidin, 54, yang mempunyai rekod cemerlang ketika membimbing Pahang itu dilantik selepas Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum ini menamatkan kontrak Ashley Westwood.

Pemilihan itu juga dipercayai dapat memulihkan ‘kesakitan’ Harimau Kumbang kerana Zainal Abidin dikatakan menimba pengalaman bersama Kelab Liga Championship Inggeris, Cardiff City FC selama tiga bulan hujung tahun lalu. - UTUSAN ONLINE.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zainal-abidin-kendali-harimau-kumbang-1.461159#ixzz4cHsUjz4g© Utusan Melayu (M) Bhd