Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 2016. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2019

Jangan main terjah aje


MyMetroNode
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Zainal Abidin Hassan mengingatkan barisan pemainnya supaya sentiasa berwaspada setiap terjahan keras ke atas pemain Pulau Pinang apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), malam ini.

Jelas sekali mesej Zainal itu merujuk kepada pakar sepakan percuma skuad Harimau Kumbang Faiz Subri yang diakui ramai memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan cantik menerusi situasi bola mati.

“Saya ingin ingatkan pemain supaya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain Pulau Pinang terutama di depan kubu pasukan.

“Kita tahu keupayaan Faiz dalam memanfaatkan sepakan percuma itu. Jadi, saya harap pemain lebih berhati-hati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nama penyerang Pulau Pinang itu secara tiba-tiba ‘meletup’ apabila menjadi perhatian peminat bola sepak dunia selepas melakukan jaringan paling unik dalam aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.

Faiz membuat sepakan dari jarak kira-kira 32 meter pada minit ke-62 yang secara tiba-tiba melencong laju menjunam untuk singgah ke penjuru atas kanan gawang sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga menerusi surat bertarikh 22 Februari lalu mencadangkan kepada FIFA supayagol jaringan pemain berusia 29 tahun itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas 2016 yang dijangka berlangsung Januari tahun depan.

Jelas Zainal, moral pemainnya kini berada pada tahap terbaik selain segala persiapan untuk menghadapi perlawanan kelapan liga itu berjalan lancar.

“Pemain semua cergas dan ini menunjukkan keadaan positif. Kita sudah sampai di pertengahan liga jadi mesti gunakan setiap peluang untuk meraih sebanyak mata.

“Lagipun kejayaan mereka mengikat Kedah 2-2 tempoh hari menunjukkan Pulau Pinang bukan calang-calang pasukan,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:41 AM

Khamis, 11 April 2019

Selangor kembali 'bernyawa' selepas benam kelab Bangladesh


 
JURULATIH pasukan Selangor, Zainal Abidin Hassan. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Kemenangan pertama yang dicatat Selangor pada Piala AFC menentang Sheikh Jamal Dhamondi sedikit sebanyak mendatangkan kelegaan kepada pengendalinya, Zainal Abidin Hassan.

Selepas kemerosotan prestasi pada tiga aksi terakhir yang menyaksikan mereka tewas tiga kali berturut-turut, kemenangan diraih ke atas kelab Bangladesh itu pastinya mampu meniup kembali semangat The Red Giants untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Pengendali berusia 55 tahun itu turut gembira selepas meraih tiga mata pertama dalam saingan Piala AFC, sekali gus membuka kembali peluang untuk Selangor kembali 'bernyawa' dalam usaha mara ke peringkat seterusnya.

"Saya gembira kerana akhirnya memperoleh tiga mata penting yang membolehkan kami terus bersaing dalam kumpulan ini dan memberi motivasi tambahan untuk kami pergi lebih jauh pada saingan kali ini," katanya selepas perlawanan yang disiarkan menerusi laman web AFC - www.the-afc.com hari ini.

Namun, Zainal berkata pemain beraksi dalam keadaan yang begitu tertekan sehingga mereka gagal memperaga aksi seperti biasa menyebabkan melakukan banyak kesilapan sehingga dihukum Sheikh Jamal yang menyaksikan mereka dibolosi tiga gol.

"Tetapi aspek positif yang boleh diambil daripada perlawanan tadi (semalam) ialah pemain berjaya bangkit semula dua kali walaupun ketinggalan.

"Mereka bekerja dengan begitu keras dan inilah ganjaran yang mereka peroleh apabila menang dan mampu kembali dalam saingan ini," katanya.

Pada aksi di Stadium Nasional Bangabandhu itu, tuan rumah mendahului menerusi jaringan Landing Darboe sebelum Patrick Ronaldinho Wleh mengikat kedudukan dan jaringan R Gopinathan membolehkan Selangor mendahului 2-1 pada minit ke-53.

Namun dua gol pantas daripada Emeka Onuoha dan Wedson Anselme membolehkan tuan rumah kembali mendahului 3-2 sebelum dua gol jaringan Mauro Olivi membolehkan Selangor pulang dengan tiga mata berharga.

Kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Selangor yang kekal di tangga ketiga Kumpulan E dengan empat mata, namun hanya dibezakan satu mata dengan Ceres La Salle di tangga kedua.

Kelab Sheikh Jamal pula kekal di tempat tercorot Kumpulan E tanpa sebarang mata.
SUMBER-BERIITA HARIAN Rabu, 16 March 2016 | 12:16pm

Khamis, 21 September 2017

Zainal akui terkejut dipecat



Isnin, 8 Ogos 2016 | 7:06pm
 
JURULATIH Selangor, Zainal Abidin Hassan. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui terkejut menerima berita pemecatannya kerana ia dibuat tanpa sebarang amaran awal.

Namun dia tetap akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu, yang diumumkan presidennya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad lepas.

"Itu hak mereka jika tidak mahu gunakan khidmat saya... tanpa beri isyarat, memang terkejut tapi saya tidak boleh bantah," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurut FAS, pemecatan Zainal Abidin, 54, itu adalah disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Menjelaskan mengenai prestasi pasukannya itu, Zainal Abidin berkata pada awal musim skuad utama berada dalam kondisi terbaik namun tersepit selepas beberapa tonggak pasukan mengalami kecederaan.

Ketiadaan Andik Vermansah dan Ahmad Hazwan Bakri dilihat memberi kesan di bahagian serangan dan harapan hanya diletakkan kepada pemain import Patrick Ronaldinho untuk mengemudi jentera serangan.

Di barisan pertahanan pula, kekerapan pemain pertahanan melakukan kesilapan mudah memberi peluang kepada lawan untuk menjaringkan gol, sekali gus menghukum Selangor.

"Saya bukan beri alasan tetapi kenyataannya ialah ramai pemain yang cedera. Keputusan memang tidak menyebelahi Selangor namun kami masih lagi di tempat yang baik.

"Pasukan saya memang ada kelemahan, terumbang-ambing. Bila ada berlaku kecederaan, ada perubahan posisi... persefahaman tidak dapat dibentuk dengan cepat," kata bekas pertahanan Selangor awal 1980-an itu.

Zainal Abidin menjadi penyerang yang digeruni di pentas domestik dan antarabangsa apabila jurulatih Pahang, Fred Binney mengubah posisinya apabila menyertai pasukan itu pada 1983.

Ditanya sama ada FAS ada memberikan bayangan mengenai kedudukannya, Zainal Abidin berkata sebelum ini persatuan itu hanya mengadakan perbincangan dengannya bagi meneliti kedudukan pasukan.

Katanya dalam perbincangan itu beliau diarah meningkatkan prestasi pasukan, namun Zainal Abidin berpendapat beliau dan pasukannya perlu diberi masa untuk kembali ke prestasi sebenar.

Zainal Abidin dijangka bertemu bekas majikannya itu dalam masa terdekat dan menegaskan beliau akan berehat terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang tawaran.

Tempat Zainal Abidin akan digantikan pembantunya K. Gunalan bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia sehingga calon sesuai dikenal pasti.

Sebagai rekod musim ini, Selangor tersingkir di peringkat kumpulan Piala AFC, tewas pada pusingan kedua Piala FA dan hanya menang tujuh daripada 17 perlawanan Liga Super untuk berada di kedudukan ketiga setakat ini dengan 26 mata, 17 mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta'zim. – BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 8 Ogos 2016 | 7:06pm

Sabtu, 2 September 2017

Jangan main terjah aje.

..Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
 
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Zainal Abidin Hassan mengingatkan barisan pemainnya supaya sentiasa berwaspada setiap terjahan keras ke atas pemain Pulau Pinang apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MP Selayang), malam ini.

Jelas sekali mesej Zainal itu merujuk kepada pakar sepakan percuma skuad Harimau Kumbang Faiz Subri yang diakui ramai memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan cantik menerusi situasi bola mati.

“Saya ingin ingatkan pemain supaya lebih berhati-hati ketika melakukan terjahan ke atas pemain Pulau Pinang terutama di depan kubu pasukan.

“Kita tahu keupayaan Faiz dalam memanfaatkan sepakan percuma itu. Jadi, saya harap pemain lebih berhati-hati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nama penyerang Pulau Pinang itu secara tiba-tiba ‘meletup’ apabila menjadi perhatian peminat bola sepak dunia selepas melakukan jaringan paling unik dalam aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lalu.

Faiz membuat sepakan dari jarak kira-kira 32 meter pada minit ke-62 yang secara tiba-tiba melencong laju menjunam untuk singgah ke penjuru atas kanan gawang sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang Nasril Nourdin.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga menerusi surat bertarikh 22 Februari lalu mencadangkan kepada FIFA supayagol jaringan pemain berusia 29 tahun itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas 2016 yang dijangka berlangsung Januari tahun depan.

Jelas Zainal, moral pemainnya kini berada pada tahap terbaik selain segala persiapan untuk menghadapi perlawanan kelapan liga itu berjalan lancar.

“Pemain semua cergas dan ini menunjukkan keadaan positif. Kita sudah sampai di pertengahan liga jadi mesti gunakan setiap peluang untuk meraih sebanyak mata.

“Lagipun kejayaan mereka mengikat Kedah 2-2 tempoh hari menunjukkan Pulau Pinang bukan calang-calang pasukan,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 7:41 AM