Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 1980. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ZAINAL 1980. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2019

ZAINAL 1980


Zainal 17 tahun telah diberi peluang bermain dalam Pestabola Merdeka ke-24 ketika menentang Korea Selatan setelah pemain bek kebangsaan, Kamaruddin Abdullah tercedera dibuku lali kirinya.Zainal telah menunjukkan permainan yang menyakinkan dengan kemahirannya menggelicik bola dan berjaya menarik perlahan para penonton di Stadium Merdeka.

Sabtu, 23 November 2019

ZAINAL-SELANGOR 1980


Zainal mula menyertai pasukan Selangor sebagai pemain tetap pada tahun 1980. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1980 Zainal Abidin masuk sebagai pemain gantian bagi menggantikan Ho Hon Seong.[1] Pada tahun 1981 Zainal sekali lagi beraksi sebagai pemain utama dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Mei 1981 yang menyaksikan Selangor mengalahkan Singapura 4-0.[2]


[1] Ahmad Khawari Isa, Jaringan Keramat Fandi Kecewakan Harapan Selangor, Berita Harian, Isnin 2 November 1992.
[2] Badrulhisham Othman, Singapura Malang Hinggalah Ke Akhir, Berita Harian, Selasa 3 November 1992.

Isnin, 18 September 2017

PESTABOLA MERDEKA KE-24 1980 MALAYSIA 1-2 MOROCCO



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1980 Zainal Abidin Hassan mula mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau ketika itu berusia17 tahun bermain dalam Kejohanan Pesatabola Merdeka ke-24 dengan memakai jersi no 16. Ketika itu Zainal beraksi sebagai bek kanan menggantikan tempat Kamaruddin Abdulllah yang cedera dalam perlawanan akhir menentang Morocco.
MALAYSIA 1-2 MOROCCO
PEMAIN MALAYSIA
01 CHOW CHEE KEONG
02 YAHYA JUSOH
03 SOH CHIN AUN
05 SANTOKH SIGH
06 SHUKOR SALLEH
07 G.TORAIRAJU
08 BAKRI IBNI
09 HASSAN SANI
10 MOKHTAR DAHARI
11 ABDULLAH ALI
16 ZAINAL ABIDIN HASSAN
PEMAIN GANTIAN
14 RAMLI JUNIT
15 ANIZAN DAUD
17 R.SUBRAMANIAM
21 LIM CHUAN CHIN