Simpan Artikel
MyMetroArena
Nazri Abu
Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA:
Legenda bola sepak negara, Ramli Junit yakin Zainal Abidin Hassan mampu
membimbing Melaka United (MU) muncul sebagai pencabar utama Liga Super musim
depan dan melahirkan lebih ramai bakat muda ke pentas lebih tinggi.
Baginya, nama
besar dimiliki bekas pengendali Selangor itu secara tidak langsung menyuntik
motivasi pemain, selepas dikatakan menjadi calon pilihan untuk mengambil alih
tugas jurulatih musim ini, E Elavarasan.
Katanya,
pengalaman luas Zainal, termasuk pernah melatih skuad remaja kebangsaan, The
Red Giants, Pahang serta Pulau Pinang mampu menjadi panduan buatnya untuk
membentuk skuad yang lebih mantap pada musim 2019.
"Bukan
mudah untuk merangka pasukan selepas peninggalan Elavarasan. Jadi, rekod baik
Zainal pastinya tidak membimbangkan penyokong setia untuk melihat skuad ini
kekal bersaing di liga utama, bahkan lebih digeruni.
"Satu
keistimewaan bekas pemain pertahanan dan penyerang kebangsaan itu adalah
pengalamannya sebagai pemain era 1980-an dan 90-an yang boleh mendidik bakat
baharu menjadi bintang besar.
"Malah,
sudah sampai masanya lebih ramai pemain muda diberi tanggungjawab kerana sudah
lama Melaka tidak memiliki bakat muda yang boleh diketengahkan ke peringkat
Liga Super seperti Kedah," katanya.
Kehadiran
Zainal pasti memberi impak kepada pasukan selain meningkatkan perkembangan ke
arah pembentukan bakat baharu yang pernah dilahirkan Melaka di Liga Malaysia
sebelum ini.
Antaranya
ialah Shukor Adan, Sapian dan Mazlan Wahid, Mohd Noor Derus, Datuk Ong Kim
Swee, selain era kecemerlangan Datuk Soh Chin Aun, G Torairaju, Jantan Ali dan
Akop Itam.
Namun, sejak
beberapa tahun, Melaka gagal dapat melahirkan pemain muda untuk diketengahkan,
sebaliknya bergantung kepada kitaran pemain bukan anak jati negeri itu.
NSTP sebelum
ini melaporkan Zainal kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan
Elavarasan.
Setakat ini,
Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang juga Ketua Menteri, Adly Zahari
sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mendapatkan Zainal selaku
jurulatih baharu.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 3 November 2018 @ 11:13 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan