Selasa, 8 March 2016 | 11:59am
Zainal mahu anak buah benam
Tampines Rovers
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KETUA Jurulatih pasukan Selangor,
Zainal Abidin Hassan (kanan) dan Kapten pasukan Selangor, Muhammad Shahrom Abd
Kalam pada sidang media Piala AFC 2016 di KIP Hotel. - Foto Osman Adnan NSTP
KUALA LUMPUR: Pertemuan dengan
kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam
ini bakal menjadi medan terbaik buat Selangor menebus kekecewaan selepas
tersingkir dari saingan Piala FA.
Kemenangan ke atas Tampines
Rovers wajib diraih skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan bagi membuka peluang
lebih luas dalam usaha mereka untuk melepasi peringkat Kumpulan E saingan Piala
AFC musim ini.
Justeru, Zainal mengingatkan
barisan pemainnya melupakan segera kekecewaan di Piala FA selepas tewas 1-2
kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jumaat lalu.
Sambil mengakui kelebihan di
gelanggang sendiri harus di manfaatkan, Zainal turut menjelaskan betapa
pasukannya sangat memerlukan tiga mata selepas terikat 2-2 pada perlawanan
pertama berdepan Ceres FC dari Filipina, pada 23 Februari lalu.
"Kami sangat serius dengan
perlawanan ini terutama selepas sekadar seri dengan Ceres. Kami perlu
menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
"Pemain yang cedera sebelum
ini termasuk Andik (Vermansyah) juga sudah sedia untuk diturunkan. Hanya Robert
Cornthwaite saja tidak bersama pasukan.
"Paling penting, kami perlu
lupakan kekalahan di Piala FA. Situasi kami sekarang adalah terpaksa berdepan
dengan jadual padat, tetapi ia tidak menjejaskan misi di Piala AFC,"
katanya.
Mengulas lanjut berkenaan pasukan
lawan, Zainal mengakui sudah meneliti beberapa kekuatan dan kelemahan yang
dimiliki Tampines Rovers.
"Memang kita sangat
mengenali Tampines Rovers dan skuad itu dibarisi beberapa pemain Lions XII. Apapun
kami tidak boleh pandang mudah perlawanan ini," katanya.
Kapten Selangor, Shahrom Kalam
pula berkata kekalahan kepada PDRM memberi pengajaran berguna kepada skuad The
Red Giants dan berjanji akan memperbaiki segala kelemahan.
"Moral semua pemain masih
pada tahap terbaik. Malah kekalahan kepada PDRM di awal musim membolehkan kami
belajar sesuatu dan kami masih mempunyai masa untuk perbaiki kelemahan,"
katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
8 March 2016 | 11:59am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan