MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
JURULATIH Melaka United (MU),
Zainal Abidin lega pemainnya berjaya mengembalikan sentuhan cemerlang pada awal
musim selepas menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan Anselmo Casagrande di Stadium
Hang Jebat, semalam.
Menurutnya, displin tinggi pemain
jelas memberi impak terhadap keputusan perlawanan walaupun dicabar hebat
pelawat yang berusaha untuk mencipta kemenangan ke atas skuad Hang Tuah.
“Apa yang pasti semua pemain
begitu berdisiplin, terutama barisan pertahanan yang tidak lagi mudah dibolosi.
Malah mereka bijak memintas lawan yang cuba memasuki kotak bahaya pasukan.
“Walaupun terdapat sedikit
kekurangan akibat memberi terlalu banyak sepakan percuma kepada Helang Merah,
namun mereka tidak leka untuk fokus mempertahankan kubu pasukan,” katanya.
Beliau turut memuji pemainnya
yang agresif menutup ruang dan dalam masa sama mengambil kesempatan
menjaringkan gol.
Zainal mengakui skuadnya beraksi
penuh tekanan namun berbekalkan kekuatan mental, MU berjaya menampilkan
kesungguhan dan komitmen tinggi untuk menambah tiga mata berharga.
Sementara itu, jurulatih Kedah,
Aidil Sharin Sahak berkata, kecederaan kapten kebangsaan Mohd Zaquan Abd Razak
yang dikeluarkan pada awal babak pertama memberi kesan kepada ketajaman jentera
serangan.
Beliau berkata, walaupun anak
buahnya berusaha gigih mencari gol namun kekebalan jentera pertananan tuan
rumah menutup ruang menyebabkan usaha yang dilakukan tidak berhasil.
Aidil Sharin berkata, aksi tidak
konsisten memberi kesan terhadap keputusan yang tidak memihak mereka, namun yakin
anak buahnya kembali menyerlah berdepan Kuala Lumpur selepas ini.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 22 April 2019 @ 1:14 PMSUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan