MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
KETIADAAN dua tunjang import
Melaka United (MU), Jang Suk-won dan Liridon Krasniqi amat dirasai ketua
jurulatih, Zainal Abidin Hassan ketika mengulas kekalahan 3-4 kepada Selangor
di Stadium Hang Jebat, semalam.
Menurutnya, situasi terbabit
memperlihatkan kubu pasukan bocor empat kali selain gerakan permainan juga
sedikit terjejas tanpa dua khidmat pemain terbabit.
Katanya, ketiadaan Suk-won yang
digantung perlawanan dan Mat Don yang masih cedera menjejaskan pergerakan
pasukan walaupun tidak dinafikan terdapat peningkatan dalam kalangan pemain
tempatan.
Namun, dia yakin penyertaan
semula dua pemain itu pada aksi berdepan PKNP selepas ini bakal kembali
meletakkan wajah sebenar skuad Hang Tuah.
Sementara itu, bekas penyerang
Selangor, Pahang dan skuad kebangsaan itu mengakui kecewa selepas anak buahnya
berjaya mendahului The Red Giants 3-2 (m-71), namun harapan tiga mata musnah
menerusi tandukan Sean Eugene Selvaraj (m-88 dan m-90) untuk tuan rumah
berputih mata.
"Apapun saya tetap memuji
komitmen semua pemain berikutan selepas ketinggalan akhirnya bangkit menyamakan
kedudukan dan mendahului pelawat buat seketika.
"Namun fokus tersasar meletakkan
lawan bijak mencuri peluang untuk mengutip mata maksimum walaupun kemenangan
hampir menjadi milik pasukan," katanya.
Justeru, baginya banyak yang
perlu diperbaiki terutama fokus jitu pada minit-minit akhir dan mental yang
kuat untuk tidak hampa di penghujung saingan.
Malah, dia jelas tidak
menyembunyikan kekecewaan tewas pertama kali di laman sendiri ketika kemenangan
atau sekurang-kurang satu mata bakal diperolehi.
Gol-gol MU pada aksi terbabit
dicetak menerusi Patrick Reichelt m-20, m-65 dan Darko Markovic m-71
perlawanan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 7 April 2019 @ 7:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan