ARKIB : 18/02/2008
Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI
KUANTAN Pemain bola sepak
Pahang, V. Saravanan bukan digugurkan daripada skuad Tok Gajah itu, sebaliknya
beliau sendiri yang meminta pelepasan untuk keluar dari skuad tersebut.
Pengesahan itu diberikan
jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan yang menolak dakwaan Saravanan ditamatkan
kontrak bersama pasukan Pahang.
Zainal menjelaskan, Persatuan
Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) juga bersetuju melepaskan penyerang Tok Gajah
itu sekiranya mencapai persetujuan dengan mana-mana pasukan yang ingin
menggunakan khidmat Saravanan.
Sehingga ke hari ini, kontrak
Saravanan masih dengan PBNP dan permohonannya untuk keluar daripada pasukan ini
juga sudah diluluskan, hanya menanti untuk capai persetujuan dengan mana-mana
pihak yang berminat dengannya, katanya ketika ditemui, kelmarin.
Zainal berkata, keputusan
Saravanan untuk keluar dari PBNP juga berlangsung dalam suasana baik tanpa
sebarang kemelut.
Sampai ke saat ini, dia masih
lagi berlatih dengan skuad Pahang kerana masih lagi terikat dengan kontrak
PBNP, katanya.
Mengulas mengenai aksi anak
buahnya setelah menewaskan Johor FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium
Darul Makmur, kelmarin, Zainal berkata, Pahang memang memerlukan kemenangan itu
setelah kecundang berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini.
Menurut beliau, tiga mata penuh
yang diperoleh Pahang boleh meningkatkan imej pasukan itu selain menaikkan
semangat para pemainnya untuk mengharungi beberapa perlawanan lain selepas ini.
Sudah lama kita tak dapat
mata penuh, jadi kemenangan ini memang sangat bermakna, ujarnya.
Jaringan Pahang disumbangkan
Keita Boubacar (m-11) dan Azizul Kamaludin (m-29) manakala gol tunggal Johor FC
dijaringkan Mohd. Syaiful Sabtu (m-72).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4yhDuUVeY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan