Zainal Abidin Hassan
GEORGETOWN: Pulau Pinang
diingatkan tidak memandang mudah cabaran PKNS walaupun bermain di laman sendiri
di Stadium Batu Kawan esok, dalam misi memburu tiga mata penting untuk terus
kekal dalam Liga Super.
Ketua jurulatih Pulau Pinang,
Zainal Abidin Hassan berkata baki lapan lagi perlawanan terakhir adalah sangat
penting untuk memastikan skuad Harimau Kumbang terus kekal.
"PKNS adalah sebuah
pasukan yang berpengalaman, namun pemain kita khususnya keempat-empat pemain
import kini sudah bersedia untuk berhabis-habisan dalam misi meraih tiga
mata," katanya.
Zainal Abidin berharap anak
buahnya akan mengambil peluang laman sendiri di depan penyokong setia Harimau
Kumbang untuk menghasilkan kemenangan.
"Buat pertama kali semua
empat pemain import Brandon Mcdonald, Mark Hartmann, Nigel Dabinyaba dan Sanna
Nyassi akan dapat beraksi dalam perlawanan esok.
"Saya yakin mereka akan
berikan apa yang ada untuk mencipta kemenangan pertama di laman sendiri,"
katanya.
Zainal Abidin berkata skuad
Harimau Kumbang yang kini menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam
Liga Super, masih berpeluang membaiki kedudukan untuk kekal dalam liga elit itu
musim depan.
Katanya, pemain Pulau Pinang
sudah menunjukkan peningkatan khususnya dalam perlawanan menentang pendahulu
liga Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun tewas 0-2.
Zainal turut meminta penyokong
setia Harimau Kumbang untuk turun memenuhi Stadium Batu Kawan malam esok kerana
sokongan mereka pastinya akan memberi impak luar biasa kepada pemain.
Selepas 14 perlawanan, Pulau
Pinang hanya mampu mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas FELDA dan tiga
keputusan seri menenatng Melaka United, PKNS FC dan Kelantan. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan