Khamis, 21 September 2017

PJBSM kecewa, sedia bantu Zainal



Khamis, 5 Januari 2017 | 9:13pm
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
Kongsi artikel
 
ZAINAL Abidin Hassan. - Foto Shiraz Ali

KUALA LUMPUR: Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) kecewa dengan kemelut antara Zainal Abidin Hassan dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Setiausaha Kehormat PJBSM, Superintendan Mohd Dali Wahid menjelaskan pihaknya sedia membantu Zainal sekiranya kemelut itu gagal diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Mohd Dali berkata, sepatutnya perkara itu boleh diselesaikan dengan profesional sekiranya ia dilakukan mengikut prosedur yang betul berdasarkan apa yang terkandung dalam kontrak.

"Bagi pihak persatuan (PJBSM), kami rasa kecewa dengan apa yang berlaku. Sepatutnya benda itu kena diselesaikan mengikut kontrak yang sudah ditetapkan.

"Daripada segi bantuan, kami boleh bawa perkara ini kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Kami sedia memanjangkan surat berkaitan masalah itu dan FAM yang akan ambil tindakan.

"Buat masa sekarang, kita tunggu dulu keputusan daripada Zainal dan FAS. Kita juga tunggu surat Zainal dan bagi saya, dia sebagai Timbalan Presiden PJBSM pun faham apa yang perlu dilakukan," katanya kepada BH Sukan, hari ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 5 Januari 2017 | 9:13pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan