Isnin, 26 April 2021

Zainal lega, Yee Fatt makin tertekan



PEMAIN Melaka United FC, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (kanan) berebut bola dengan pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

26 April 2021, 12:17 am

IPOH: Zainal Abidin Hassan mampu menghela nafas lega selepas pasukannya, Melaka United FC mencipta kemenangan 1-0 ke atas Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini malam ini.

Jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 mencukupi buat Melaka United pulang dengan tiga mata penuh.

Dengan kemenangan ini, Zainal Abidin terselamat daripada tindakan selepas diberi kata dua oleh pengurusan kelab mengenai kedudukannya.

Sebaliknya, kekalahan pasti meningkat tekanan terhadap jurulatih Perak, Chong Yee Fatt berikutan kedengaran suara peminat supaya dia digantikan.

Dalam perlawanan di laman sendiri, Perak bermula garang yang menyaksikan Mohamad Izzuddin Mohd. Roslan memaksa penjaga gol Melaka United FC, Norazlan Razali menyelamatkan percubaan kencangnya pada minit ketiga.

Beberapa minit kemudian, pemain import Perak, Guilherme De Paula mensia-siakan peluang gol walaupun hanya berdepan satu sama satu dengan Norazlan.

(diakses pada 26 April 2021)

Anak buah Zainal Abidin Hassan cuba melancarlan serangan melalui sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria namun pemain itu tidak mendapat sokongan rakan sepasukan lantaran memudahkan benteng tuan rumah mematah serangan pelawat.

Satu-satunya percubaan ke arah gol oleh Melaka United ialah melalui Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-36 tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak FC, Mohammad Azri Ghani.

Aksi babak kedua juga tidak banyak berubah apabila Perak FC hanya garang di minit-minit awal tetapi dikecewakan oleh penyudah yang lemah.

Sebaliknya, pasukan pelawat mencemaskan kira 700 penyokong tuan rumah, apabila bola tandukan Suk Won Jang menggegar palang pada minit ke-55.

Lima minit kemudian, Wan Zaharulnizam meletakkan Melaka United FC didepan apabila menyudahkan hantaran lintang Stefan Nikolic.

Walaupun Perak mencuba memadam kelebihan itu tetapi mereka mengalami jalan buntu untuk memecah kubu lawan. – UTUSAN.1

___________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan