Khamis, 29 April 2021

Zainal masih diberi peluang

Nazri Abu Bakar

am@hmetro.com.my



Datuk Mohd Saiful Mat Sapri . FOTO MUFC

Melaka: Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) belum pernah mengadakan rundingan dengan mana-mana individu untuk mengisi tempat jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan walaupun hangat diberitakan terdapat perubahan pengendali dalam skuad berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, dia mengakui pihaknya menerima lebih 10 resume daripada jurulatih baharu ketika prestasi pasukan tidak menentu sebelum ini.

Katanya, terdapat spekulasi perubahan dalam barisan kejurulatihan susulan prestasi MU yang nyata masih belum mantap dan konsisten, namun perubahan itu semuanya masih 'khabar angin'.

Malah setakat ini pihaknya tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak untuk mengisi tempat terbabit sebaliknya memberi talian hayat kepada Zainal untuk membimbing pasukan dalam beberapa perlawanan lagi.

"Memang terdapat lebih 10 resume saya terima dan kebanyakan jurulatih dari luar negara. Biasalah, bila ada berita mengenai kedudukan jurulatih ramai yang mahu mencuba nasib.

"Apapun, tiada sebarang perbincangan atau nama-nama jurulatih yang sedang kami fikirkan untuk mengemudi pasukan. Justeru kita memberi peluang kepada Zainal dan melihat perubahan yang dilakukan sebelum ia diputuskan oleh pihak pengurusan bersama pemilik sedikit masa lagi," katanya.

Sehubungan itu, dia juga meminta barisan kejurulatihan dan pembantu Zainal terus bekerjasama melonjakkan prestasi pasukan selepas kemenangan 1-0 ke atas Perak minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga akan meneliti prestasi keseluruhan semua lima pemain import MUFC sehingga tamat aksi separuh musim Liga Super 2021.

Malah kemungkinan besar terdapat rombakan kecil pada jendela perpindahan kedua dengan penilaian menyeluruh sebelum membuat keputusan menjelang pembukaan jendela perpindahan itu kelak.

Saiful berkata, apapun semuanya berdasarkan kewangan dan bajet mengurus sebelum membuat sebarang keputusan dan perubahan dalam pasukan.1

Disiarkan pada: April 27, 2021 @ 5:38pm

______________________________

Isnin, 26 April 2021

Zainal lega, Yee Fatt makin tertekan



PEMAIN Melaka United FC, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (kanan) berebut bola dengan pertahanan Perak, Amirul Azhan Aznan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

26 April 2021, 12:17 am

IPOH: Zainal Abidin Hassan mampu menghela nafas lega selepas pasukannya, Melaka United FC mencipta kemenangan 1-0 ke atas Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini malam ini.

Jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-60 mencukupi buat Melaka United pulang dengan tiga mata penuh.

Dengan kemenangan ini, Zainal Abidin terselamat daripada tindakan selepas diberi kata dua oleh pengurusan kelab mengenai kedudukannya.

Sebaliknya, kekalahan pasti meningkat tekanan terhadap jurulatih Perak, Chong Yee Fatt berikutan kedengaran suara peminat supaya dia digantikan.

Dalam perlawanan di laman sendiri, Perak bermula garang yang menyaksikan Mohamad Izzuddin Mohd. Roslan memaksa penjaga gol Melaka United FC, Norazlan Razali menyelamatkan percubaan kencangnya pada minit ketiga.

Beberapa minit kemudian, pemain import Perak, Guilherme De Paula mensia-siakan peluang gol walaupun hanya berdepan satu sama satu dengan Norazlan.

(diakses pada 26 April 2021)

Anak buah Zainal Abidin Hassan cuba melancarlan serangan melalui sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria namun pemain itu tidak mendapat sokongan rakan sepasukan lantaran memudahkan benteng tuan rumah mematah serangan pelawat.

Satu-satunya percubaan ke arah gol oleh Melaka United ialah melalui Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-36 tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak FC, Mohammad Azri Ghani.

Aksi babak kedua juga tidak banyak berubah apabila Perak FC hanya garang di minit-minit awal tetapi dikecewakan oleh penyudah yang lemah.

Sebaliknya, pasukan pelawat mencemaskan kira 700 penyokong tuan rumah, apabila bola tandukan Suk Won Jang menggegar palang pada minit ke-55.

Lima minit kemudian, Wan Zaharulnizam meletakkan Melaka United FC didepan apabila menyudahkan hantaran lintang Stefan Nikolic.

Walaupun Perak mencuba memadam kelebihan itu tetapi mereka mengalami jalan buntu untuk memecah kubu lawan. – UTUSAN.1

___________________________________________________

Rabu, 21 April 2021

Zainal kekal atau disingkir?



Oleh AMRAN MULUP

20 April 2021, 12:50 pm

MELAKA: Sama ada kontrak Zainal Abidin Hassan serta dua pembantunya akan ditamatkan atau terus membimbing Melaka United bakal ditentukan esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC), Datuk Mohd. Saiful Md. Sapri berkata, Presiden kelab, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali akan mengetuai mesyuarat khas pengurusan tertinggi bagi mendengar laporan post-mortem ekoran prestasi buruk Sang Kancil dalam aksi Liga Super musim ini.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Melaka menduduki tangga ketiga tercorot dengan mengalami tiga kekalahan, empat seri dan dua kemenangan.

Saya telah diarahkan oleh presiden dan pemilik baharu, KenTeam Sdn. Bhd. untuk menyerahkan laporan post-mortem berhubung prestasi terkini skuad kendalian Zainal Abidin Hasan selepas tewas 2-3 kepada Selangor.

Daripada sembilan perlawanan, pasukan kita sekadar menang dalam dua kali, seri empat dan tewas tiga. Lebih mengecewakan kita tewas dua kali di gelanggang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

KEKALAHAN 2-3 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin sukar diterima penyokong Melaka United.

Kekalahan 2-3 kepada Selangor kelmarin menghadirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat terutama selepas pasukan mendahului perlawanan dua kali.

Di media sosial, kempen mendesak Zainal dipecat digerakkan oleh penyokong Sang Kancil, malah hantaran yang dimuatnaik Facebook Melaka United Fans menerima sambutan hebat.

Mohd. Saiful berkata, pihaknya memandang serius desakan peminat dan mengakui, sesuatu perlu dilakukan untuk menaikkan semula prestasi pasukan dengan baki perlawanan sedia ada.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Zainal Abidin serta dua pembantunya untuk mendapat laporan berhubung prestasi Melaka dari perlawanan pertama hingga yang terakhir.

Laporan itu akan saya bentangkan pada mesyuarat tertinggi MUFC Rabu ini. Nasib Zainal Abidin serta dua pembantunya akan dinilai dengan terperinci pada mesyuarat itu nanti,” ujarnya.

Katanya, kekalahan 2-3 kepada Selangor dipercayai kerana kurangnya disiplin sehingga membolehkan lawan meraih gol kemenangan menerusi pemain gantian, Syahmi Safari dua minit sebelum tamat perlawanan.1

___________________________________

Selasa, 13 April 2021

Zainal lega peroleh kemenangan kedua

 SUKAN



NORDE (kanan) meraikan jaringan pembukaan Melaka United ketika menewaskan UiTM FC 3-0 pada aksi Liga Super Stadium UiTM Shah Alam malam kelmarin. – FOTO MELAKA UNITED

Zainal lega peroleh kemenangan kedua

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH

12 April 2021, 11:10 am

KEHADIRAN penaja baharu ternyata menyuntik semangat pasukan Melaka United apabila skuad Sang Kancil itu berjaya membawa pulang tiga mata selepas menewaskan pasukan UiTM FC 3-0 di Stadium UiTM Shah Alam malam kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan perlu menunggu sehingga lebih setengah jam perlawanan sebelum memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan lencong, Sony Norde untuk membolehkan pa­sukan pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-36.

Bersambung babak kedua, UiTM FC yang merehatkan Frank Bernhardt dan membawa masuk Reduan Abdullah dilihat gagal mengubah nasib skuad Lions Troops apabila kecundang buat kali ketujuh musim ini.

Melaka United dilihat bijak menggunakan peluang tersebut dan terus garang menyumbat dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi tandukan Stefan Nikolic berpunca daripada sepakan percuma pada minit ke-60 sebelum jaringan S. Kumaahran pada lima minit berselang.

Saya tidak nafikan permai­nan agak tersusun dan mereka ambil peluang. Kita tidak nafikan kali ini pemain cepat mencipta gerakan dan peluang ledak gol.

Justeru, tiga mata yang kita bawa pulang ini sangat penting untuk tingkatkan semangat pa­sukan menjelang aksi seterus­nya,” kata Zainal sejurus tamat perlawanan.

Baru-baru ini pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn. Bhd. (KenTeam) sah menjadi pemilik baharu Melaka United dengan memegang 70 peratus saham keseluruhan, manakala baki 30 peratus masih dipegang Persa­tuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE