MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
PENINGKATAN prestasi barisan hadapan terutama melakukan jaringan melegakan jurulatih Melaka , Zainal Abidin Hassan menjelang aksi berdepan Perak Jumaat ini.
Dengan statistik lapan gol daripada tiga aksi persahabatan sebelum ini, jelas dianggap sebagai peningkatan yang memberangsangkan untuk mereka menterjemah jaringan pada pada baki 7 perlawanan bermula berdepan 'The Bos Gaurus'.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan pemain mampu melakukan sentuhan lebih berbisa dalam perlawanan berkenaan walaupun aksi berlangsung di gelanggang lawan.
Baginya, keputusan tiga perlawanan itu juga motivasi yang baik untuk pemain mengambil kesempatan untuk menampilkan karakter cemerlang,
Bagaimanapun, beliau juga mengharapkan barisan pertahanan dan tengah juga mampu mengekalkan prestasi sama pada aksi di Ipoh kelak.
"Tekanan selepas ditolak tiga mata amat dirasai berikutan pasukan berada dalam zon bahaya tercicir daripada Liga Super musim depan.
"Apapun, disiplin tinggi diharap akan terus menjadi aset berharga buat pemain dalam semua baki saingan liga selepas ini," katanya.
Justeru, baginya baki latihan yang ada harus diguna sebaik mungkin oleh anak buahnya bagi memperkemaskan jentera pasukan terbabit.
Zainal juga kelihatan mengakui lega dengan barisan pertahanan walaupun Kehilangan Naruphon Wild Putsorn (Nazza) yang meninggalkan pasukan Julai lalu.
Katanya, ketiadaan pemain terbabit tidak menjejaskan persiapan pasukan tambahan beberapa pemain mampu mengambil alih tempat pertahanan tengah berkenaan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 6:54 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan